SUA kurang ajar, Menteri Rina Harun makin 'buta' media selepas bergelar 'Datuk Seri'
06:10 Oct 21, 2018  |  By SabahKini2
SUA kurang ajar, Menteri Rina Harun makin 'buta' media selepas bergelar 'Datuk Seri'

Macam-macam perangai Menteri PH. Kini Menteri KPLB dan pegawainya yang tidak mesti media. Sudah lama media geram dengan Datuk Seri Rina Harun ni. Kini terserlah selepas biadap Setiausaha Akhbarnya

KUALA LUMPUR – Semalam beberapa wartawan melahirkan rasa kecewa, terkejut dan marah dengan tindakan Raja Noor Azlinda Raha Bahari Shah Setiausaha Akhbar Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun biadab serta berkasar bersama media.

Dalam posting wartawan Penolong Ketua Biro Kosmo Putrajaya, Junhairi Alyasa meluahkan rasa kecewa sikap yang ditonjolkan oleh SUA berkenaan ketika Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM).

Kata Junhairi, sejurus selepas majlis itu, sekumpulan wartawan yang terdiri daripada Bernama, Utusan Malaysia, Kosmo dan Berita Harian bergerak menuju ke bilik sidang media seperti yang telah dinyatakan penganjur.

Mereka telah diberitahu bahawa menteri terpaksa bergegas ke urusan lain dan hanya akan sekadar membaca kenyataan sebelum beredar pergi, sebarang soalan tidak dibenarkan.

“Apabila kami buat keputusan untuk keluar daripada bilik tersebut, tiba-tiba SUA Rina Harun datang kepada kami dan meminta balik teks ucapan yang dibacakan dalam majlis konvokesyen yang turut dihadiri lebih 6,000 orang termasuk graduan, ibu bapa serta kakitangan KUPTM.

“Kami mempersoal mengapa SUA ini mengambil kembali teks ucapan daripada kami. Dia juga bertindak ‘merampas’ teks ucapan itu daripada salah seorang wartawan kami sehingga berlaku sedikit kekecohan.

“Tidak pernah berlaku sepanjang kerjaya kami diperlakukan sedemikian rupa kerana selalunya SUA akan berjumpa dengan kami dan meminta bahagian yang tidak sepatutnya ditulis.

Jelas Junhairi, pihaknya mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh SUA berkenaan kerana terlepas pandang tentang beberapa perkara termasuk TN50 yang dilaksanakan kerajaan terdahulu.

“SUA ini tidak berbudi bahasa dan tidak mempunyai pengalaman bagaimana mahu berurusan dengan pihak media.

Kenyataan Junhairi mendapat komen dari ratusan pengamal media yang turut melahirkan rasa kecewa dan marah kerana tindakan SUA itu.

Umum juga mengetahui Rina Harun adalah antara menteri yang tidak mesra media dan tidak cekap berhadapan media jika ada soalan-soalan berbangkit. Jadi tidak menghairankan jika SUAnya juga demikian.

NGO Gerakan Media Merdeka (GERAMM) turut mengecam tindakan SUA itu dengan menyifatkan insiden sebegini tidak seharusnya berlaku antara pegawai kerajaan yang mengendalikan media.

“Hubungan antara pegawai kerajaan khasnya SUA dengan media sepatutnya mesra dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Tinjuan dalam media sosial netizen turut mengecam setiausaha akhar dan juga Menterinya Datuk Seri Rina Harun itu.

Menurut Ibrahim Mat Isa pegawai menteri seperti itu hanya merosakkan menteri malah kerajaan PH.

“Kebetulan Menteri yang menjaga Mara berada di dalam kedudukan yang ramai orang membawang terhadap beliau, bela pula SUA yang semacam itu boleh membawa lebih banyak unsur negatif, bukan kepada kementerian sahaja, tapi kepada kerajaan PH sendiri.”. katanya dalam facebook

Netizen mengecam Setiausaha Akbar yang kurang ajar biada dan Menteri yang tidak boleh mengawal pegawainya malah sangat dingin dengan media.

 

 

 

 

 

 

 

3 Comments