UPKO dan PKR Sabah protes Warisan pengagihan jawatan tidak adil
22:10 Oct 21, 2018  |  By SabahKini2
UPKO dan PKR Sabah protes Warisan pengagihan jawatan tidak adil

Semua jawatan dimonopoli oleh Warisan tidak menggambarkan pembahagian yang adil dan seimbang. Majlis Daerah, GLC, UPPM dan pelbagai agensi di sapu oleh Warisan.

KOTA KINABALU: Parti komponen Pakatan Harapan Sabah, Upko dan PKR melahirkan melahirkan rasa kecewa, terkilan dan tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan di negeri Sabah.

Sebelum ini Ketua Pemuda Upko Penampang Ronny Dingon mempersoalkan senarai ahli majlis Daerah Penampang yang ramai dimonopoli oleh Warisan dan DAP.

Akibat kontroversi itu Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong mencadangkan menambah lantikan golongan professional dari parti yang kurang penyertaannya.

Sementara itu Mustapha Sakmud, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah menyahut baik saranan peenambahan pelantikan itu itu mengambil kira kepakaran yang bakal disumbangkan 

“Cadangan daripada setiap parti yang membentuk Kerajaan Negeri perlu di ambil pertimbangan sewajarnya dan komposisi perjawatan perlu dibuat secara adil bagi menggambarkan kerjasama antara parti dan mengambil kira merit setiap individu yang di cadangkan,” katanya dalam satu kenyataan

Mustapha menyatakan PKR Sabah setakat ini kurang berpuas hati dengan cara dan kaedah yang dibuat.

Menurut Mustapha, walaupun cadangan telah di hantar namun perlantikan wakil PKR amat minimum.

Sebagai contoh di Majlis Daerah Penampang dan Kota Belud hanya seorang wakil daripada PKR yang dilantik.

“Maklumat daripada daerah-daerah lain juga amat mengecewakan,” katanya.

Komposisi perjawatan yang tidak seimbang ini bukan saja melibatkan PBT tapi juga perlantikan GLC dan UPPM.

“Kami berharap agar perlantikan Ketua Kampung, Ketua Anak Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung yang sedang dalam peringkat akhir pemilihan akan menggambarkan kerjasama antara parti yang baik ini,” katanya.

Parti komponen PH, PKR dan Upko melihat pelantikan yang tidak adil bakal merosakkan kerjasama kerajaan itu di masa akan datang.

16 Comments