Selepas PH sahkan hutang negara RM686.8b Rizab BNM terus susut 1.1 peratus
16:10 Oct 22, 2018  |  By SabahKini2
Selepas PH sahkan hutang negara RM686.8b Rizab BNM terus susut 1.1 peratus

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) turun lagi 1.1 peratus kepada AS$102.8 bilion (RM426.1 bilion). Sebelum ini September menyusut kepada AS$103.9 bilion (RM428.7 bilion)

PM 'U-Turn' dan mengaku hutang Malaysia RM686.8 bilion bukan RM1 trilion

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) turun 1.1 peratus kepada AS$102.8 bilion (RM426.1 bilion) pada 15 Oktober berbanding AS$103 bilion pada 28 September lalu selepas mengambil kira perubahan dalam penilaian.

BNM dalam satu kenyataan berkata, kedudukan rizab terkini itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$97 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

BNM berkata aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR berjumlah RM426.07 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM7.54 bilion).

Liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab tunai (RM133.85 bilion), mata wang dalam edaran (RM103 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM167.90 bilion), deposit dengan kerajaan Persekutuan (RM10.28 bilion) deposit lain (RM685.88 bilion), kertas BNM (RM21.81 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion), dan liabiliti lain (RM2.79 bilion). 

Bulan September lalu Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut kepada AS$103.9 bilion (RM428.7 bilion) pada 14 September berbanding AS$104.4 bilion (RM 430.9 bilion) pada 30 Ogos 2018.

Trend kejatuhan rizab negara dan nilai mata wang terus berlaku sejak Pakatan Harapan memenangi PRU ke 14. Kali ini turun lagi 0.19 peratus kepada AS$102.8 bilion (RM426.1 bilion)

[ARTIKEL BERKAITAN- Rizab antarabangsa BNM terus menyusut di bawah Kerajaan Pakatan ]

Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir baru-baru ini ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal 2016-2020 di Parlimen mengesahkan bahawa hutang negara hanya RM686.8 bilion bukannya lebih RM1 trilion sebagaimaa diuar-uarkan sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- PM 'U-Turn' dan mengaku hutang Malaysia RM686.8 bilion bukan RM1 trilion ]

 

 

 

2 Comments