Mahkamah tentukan Ketua Menteri Sabah yang sah 25 Oktober
08:10 Oct 23, 2018  |  By SabahKini2
Mahkamah tentukan Ketua Menteri Sabah yang sah 25 Oktober

Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 Oktober kini ditukar 25 Oktober.

KOTA KINABALU: Mahkamah akan membuat keputusan berkenaan saman pemula Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tan Sri Musa Hj Aman yang mencabar keabsahan perlantikan Shafie Apdal menurut perlembagaan sebagai Ketua Menteri Kedua, Khamis ini.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 Oktober untuk membacakan keputusan itu namun menurut ketua pasukan guaman Shafie, Douglas Lind, pada minggu lepas, mereka telah menerima surat daripada mahkamah yang memberitahu bahawa tarikh itu telah dibawa ke hadapan iaitu pada 25 Oktober ini.

"Walau bagaimanapun, tiada sebarang alasan yang dinyatakan menerusi surat tersebut. Semua hujah dan fakta yang berkaitan dengan kes itu telah pun selesai difailkan dan diserahkan kepada mahkamah, hanya keputusan saja belum dibacakan. Ia akan diperdengarkan oleh hakim pada jam 2.30 petang di Mahkamah Tinggi," katanya 

Maklumat ini turut disahkan oleh peguam Musa, Tengku Ahmad Tengku Fuad menerusi satu mesej ringkas.

9 Comments