Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, risikan polis mendapati pergerakan dua kumpulan antara penyokong bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dijangka akan berkumpul di dua lokasi berasingan.

Menurut Omar, polis akan mengawal ketat pergerakan penyokong di sekitar kawasan Mahkamah Kota Kinabalu di sini dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sekiranya diperlukan.

"Kita mendapat maklumat bahawa akan ada kumpulan tertentu mengadakan perarakan susulan keputusan prosiding mahkamah melibatkan kesahihan jawatan Ketua Menteri Sabah pada 25 Oktober ini.

"Kita tidak mempunya maklumat mengenai anggaran penyokong terlibat. Bagaimanapun, kami menjangkakan ramai yang akan berkumpul selepas prosiding mahkamah itu nanti," katanya.