Hak mahkamah tentukan- Shafie Apdal
15:10 Oct 23, 2018  |  By SabahKini2
Hak mahkamah tentukan- Shafie Apdal

Pelantikan ketua menteri yang sah adalah hak mahkamah yang akan ditentukan pada 25 Oktober ini

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan keputusan berkaitan isu pelantikan ketua menteri yang sah adalah hak mahkamah.

“Biar mahkamah yang menentukannya. Lagipun, kita ada perundangan.

“Pada dasarnya anda tahu apa yang kita tidak boleh putuskan. Saya fikir tidak perlu komen lanjut berkaitan perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas mendengar takimat berkaitan hala tuju Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (SESB) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie.

Beliau berkata demikan ketika diminta mengulas mengenai prosiding Mahkamah Tinggi berhubung ketua menteri yang sah pada Khamis ini.

5 Comments