Rozman lompat Warisan ’Gigit Jari’ hanya dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan
15:10 Oct 24, 2018  |  By SabahKini2
Rozman lompat Warisan ’Gigit Jari’ hanya dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan

Datuk Rozman Isli yang melompat parti Warisan baru-baru ini mahu mengekalkan jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan akhirnya menggigit jari ‘turun pangkat’ apabila hanya dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

LABUAN - Selepas pemimpin Amanah, Mazlan Aliman Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pengerusi PKR Perak, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) kini Amanah Labuan yang juga ahli korporat Labuan Datuk Seri Amir Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, yang mengosongkan jawatan itu sejak Jun tahun ini.

Datuk Rozman Isli yang melompat parti Warisan baru-baru ini mahu mengekalkan jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan akhirnya menggigit jari ‘turun pangkat’ apabila hanya dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rozman lompat kerana Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan dikembalikan]

Rozman lompat kerana Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan dikembalikan

 

Khalid mengumumkan pelantikan lima ahli politik tempatan menganggotai Majlis Penasihat Perbadanan Labuan diketuai Rozman bersama Noor Halim Zaini (bekas calon PRU14 daripada Parti Warisan Sabah Labuan), Jeremy Wong Kwan Kit (setiausaha penaja DAP Labuan), Simsuddin Sidek (Pengerusi PKR Labuan) dan Dr Ramli Tahir daripada Parti Amanah Negara Labuan.

Khalid berkata Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan akan menjadi Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.

Katanya tiga anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan Datuk Allauddin Anuar daripada Unit Perancangan Ekonomi, Danial Mah Abdullah (Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan) dan Suhaili Ahmad daripada Kementerian Kewangan kekal dalam jawatan masing-masing. Seorang anggota baharu turut dilantik iaitu Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal daripada Universiti Malaysia Sabah.

Ketika menjadi Pengerusi Perbadana  Labuan, Rozman banyak mencampuri urusan tender di Perbadanan Labuan.

 

 

6 Comments