Seru Zahid bercuti Pemuda UMNO Kinabatangan bidas Asyraf Ketua Pemuda
23:10 Oct 25, 2018  |  By SabahKini2
Seru Zahid bercuti Pemuda UMNO Kinabatangan bidas Asyraf Ketua Pemuda

KPUM perlu mengkaji semula saranan 'bercuti' kerana ia langsung tidak menggambarkan bahawa Pemuda benteng parti yang waja.

KOTA KINABALU- Saranan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil cuti rehat buat sementara waktu untuk membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi hari ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada akar umbi parti.

Antara yang lantang mempertahankan Ahmad Zahid ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan, Mohamad Kurniawan Naim bin Moktar. Naim, melalui kenyataan medianya telah meminta agar Dr Asyraf mengkaji semula saranan tersebut kerana ia langsung tidak menggambarkan bahawa sayap Pemuda UMNO merupakan benteng kepada parti itu sendiri.

Selain beliau, 2 lagi ketua pemuda bahagian yang lain iaitu dari Bahagian Kudat dan Labuan turut sama mencadangkan agar Dr Asyraf mengkaji semula saranan beliau kepada Presiden UMNO tersebut.

Berikut adalah kenyataan penuh Naim selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan:

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan
25 Oktober 2018

Merujuk kenyataan akhbar yang dikeluarkan KPUM mensarankan Presiden UMNO untuk berehat menggalas tugas-tugas Presiden, Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan meminta KPUM untuk mengkaji semula saranan tersebut kerana ia langsung tidak menggambarkan bahawa Pemudalah benteng parti yang waja.

Tuduhan kepada Presiden belum dibuktikan kesahihannya, tuduhan kepada Presiden tuduhan yang tidak berasas.

45 tuduhan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah semata untuk melemahkan pemimpin tertinggi parti sepertimana yang dilakukan terhadap mantan Presiden. Siapa yang dihadapan itulah ‘main target’ pihak lawan untuk melemahkan parti ini.

Pemuda harus agresif dalam mempertahankan saf kepimpinan dan parti, kami berpegang teguh dengan saranan yang dibentangkan oleh KPUM pada Perhimpunan Agung, pemuda wajib bangkit mempertahankan institusi parti!

Justeru itu, sehingga dibuktikan bersalah kami sentiasa teguh di belakang Presiden yang kami undi untuk mengemudi nakhoda ini!

#PemudaKinabatanganbersamaZahid

Mohamad Kurniawan Naim Moktar
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Kinabatangan

4 Comments