Timbalan Menteri KDN mengaku tak hadir jawab soalan kerana program pemberian IC
04:10 Oct 26, 2018  |  By SabahKini2
Timbalan Menteri KDN mengaku tak hadir jawab soalan kerana program pemberian IC

[VIDEO] Timbalan Menteri mengaku tidak hadir kerana hadir program lain anjuran kementeriannya. Alasannya soalan nombor 13 jarang termasuk soalan perlu dijawab.

Video- Malaysiakini: Alasan Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata beliau tidak hadir di sidang Dewan Rakyat menjawab soalan kerana ke program rasmi kementeriannya iaitu

"Tadi kebetulan saya ada program rasmi di kementerian, iaitu pemberian kewarganegaraan dan lain-lain," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Menteri KDN dan Timbalan tidak hadir jawab soalan Dewan Rakyat ]

Kecoh Menteri KDN dan Timbalan tidak hadir jawab soalan Dewan Rakyat

Beliau bagaimanapun mengambil maklum nasihat Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon agar menteri dan timbalan menteri merancang jadual agar dapat hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Saya tahu ada jadual yang (padat) waktu bila ada dalam dewan terutamanya dalam dewan bersidang...Kalau menteri tak dapat hadir, timbalan menteri kena hadir dalam sidang Dewan Rakyat," katanya.

Ia selepas Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang tidak berpuas hati selepas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin menjawab soalan yang ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini kerana Azis dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - menteri dalam negeri - tiada dalam dewan ketika itu.

Soalan tersebut daripada Ali Biju (HARAPAN-Saratok) yang meminta KDN menjelaskan status perancangan tentang pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Saratok yang baru bagi menggantikan bangunan sekarang yang beroperasi sejak 1954.

Wee kemudian mengadakan sidang media bagi meminta speaker membuat peraturan berhubung wakil rakyat yang tidak hadir.

Rashid kemudian berkata soalan itu boleh dijawab menteri atau timbalan menteri dari kementerian lain seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat Seksyen 24.

Seorang pegawai kementerian yang bertugas di parlimen berkata dalam keadaan wakil rakyat PH yang malas masuk dewan rakyat soalan 10 hingga 15 pun tak mustahil akan naik untuk dijawab

“ Azis Jamman Timbalan Menteri dan para pegawainya sepatutnya sedar segala kemungkinan aspek teknikal itu. Meminta tolong Timbalan Menteri lain adalah satu pilihan tetapi ia adalah perkara paling buruk untuk sesebuah kementerian. Rasanya mana-mana menteri akan bengang hal timbalannya tidak datang menjawab soalan Dewan Rakyat”. katanya tidak mahu namanya disebut.

 

 

3 Comments