Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat
13:10 Oct 26, 2018  |  By SabahKini2
Presiden MPS 'Taikun Samseng' maki pegawai JKR dan agensi kerajaan dalam mesyuarat

Dulu orang Sabah protes Presiden MPS taikun samseng dari Sarawak. Kini terbukti benar apabila Presiden MPS itu marah, mengamuk dan maki pegawai kerajaan. Malah dia marah orang panggil dia 'tuan' bukan 'Datuk'. Saya Presiden MPS lah....

VIDEO 1: AUDIO- Datuk Hu Chang Lik mengamuk, marah pegawai agensi kerajaan. Macam ni Presiden MPS? Mahu tunjuk kuasa



VIDEO 2: Rakaman dari dalam bilik Mesyuarat

SANDAKAN - Sebelum ini pelbagai pihak di Sabah mempertikaikan pelantikan Datuk Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) seorang taikun dan ‘samseng’ dari Sarawak.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS ]

Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPS

Hari ini kebimbangan  orang tempatan dan agensi negeri jelas berasas apabila sejak malam tadi, tular whatapps dan rakaman audio Datuk Hu Chang Lik bertindak kasar, sombong dan meninggi suara kepada ketua-ketua jabatan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah MPS.

Dalam mesej aplikasi whatapps yang disebar Presiden MPS itu marah apabila suratnya kepada JKR bagi urusan kerja penyelenggaraan projek JKR belum dilaksanakan serta mengikut prosedur kerajaan.

Presiden MPS itu mengamuk kerana dalam surat balasan JKR kepadanya hanya meletakkan gelaran Tuan bukan Datuk.

“Kau tidak hormat sama TYT kah? Mana gelaran ‘Datuk’ dalam surat?” 

"Jangan suruh saya duduk, saya Presiden saya mahu tunjukkan kesalahan dalam surat balas JKR kepada MPS". kata sumber itu.

Situasi itu mencetuskan ketegangan antara ahli mesyuarat apabila Pengarah Hospital Sandakan tidak bersetuju dengan cara Presiden MPS mempengerusikan mesyuarat sehingga keluar mesyuarat bersama pegawai JKR.

Rakaman audio video berdurasi 3 minit itu menunjukkan Hu Chang Lik jelas meninggi suara dan tidak hormat kepada ketua agensi yang hadir. Beliau lebih marah-marah dan menuduh pegawai tidak melaksanakan kerja.

Sekalipun Presiden MPS itu tidak mahu mendengar perkataan ‘tidak tahu’ atau menunggu keputusan pihak atasan’ semua pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan serta prosedur sedia ada. Tidak mungkin boleh melampaui tugas di kawasan masing-masing.

Beberapa ahli mesyuarat menegur sikap Presiden MPS yang sombong dan berlagak samseng itu.

“Inilah masalah bila cina DAP dilantik sebagai Ketua Jabatan atau Presiden MPS, mereka berlagak macam hebat semua mahu pijak-pijak dan ikut arahan mereka. Mereka ingat semua benda terus tiba-tiba ada. Kalau boleh guna kuasa”. kata pegawai itu tidak mahu namanya didedahkan.

Rahman, 40 seorang pengguna facebook berkata inilah pegawai lantikan Pakatan Harapan yang dilantik Warisan itu.

“Mereka memang biadap dan tak hormat orang apatah lagi penjawat awam”.  katanya

Benarlah kata orang Presiden MPS ini seorang samseng.

“Mentang-mentang bagi duit RM 20 juta kepada Presiden Warisan maka sewenang-wenangnya pula berlagak samseng.” kata Johny

59 Comments