Tidak yakin peguamnya Shafie mahu upah peguam hebat lawan kes SPRM
21:11 Nov 05, 2017  |  By SabahKini2
Tidak yakin peguamnya Shafie mahu upah peguam hebat lawan kes SPRM

Shafie Apdal tidak begitu meyakini barisan peguam beliau sekarang yang terdiri Martin Tommy dan dibantu Darell Leiking, Loretto Padua Jr (SUA Warisan), Zakaria Abd Jalil, Hamid Ismail (Peguam PAS) serta Cedric Cho

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sebelum ini direman SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana KKLW  di Sabah katanya sudah menyakini bahawa beliau akan didakwa SPRM dalam tempoh terdekat. 

Sebelum ini Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan serta dua adiknya ditahan SPRM termasuk pegawai penting KKLW bekas Timbalan Setiausaha Infrastruktur KKLW. 

Menurut sumber Shafie Apdal bimbang dengan pasukan peguam yang bakal membelanya nanti jika beliau didakwa di mahkamah. Beliau dikatakan tidak begitu meyakini barisan peguam beliau sekarang yang terdiri Martin Tommy dan dibantu Darell Leiking, Loretto Padua Jr (SUA Warisan), Zakaria Abd Jalil, Hamid Ismail (Peguam PAS) serta Cedric Choo yang gagal membatalkan remannya baru-baru ini.

Ia sangat berbeza dengan para barisan peguam DAP yang berjaya membatalkan tahanan reman Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh. Belum apa-apa mereka dah gagal. 

Penahanan bagi Shafie sebelum ini mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015 mungkin bakal bertukar kepada Seksyen 23 Akta SPRM 'salah guna kuasa' susulan penemuan 14 syarikat yang mempunyai hubungan dengan adiknya Datuk Yusof Apdal dan Hj Hamid Apdal.

Shafie dikatakan sedang mencari peguam yang handal boleh memenangi kes salah laku rasuahnya jika beliau dituduh di mahkamah oleh SPRM. Barisan peguam yang ada sekarang tidak mungkin memenangkannya. Beberapa peguam terkenal sedang dalam perbincangannya termasuk bayaran termahal yang beliau sanggup bayar asalkan menang kes di mahkamah bagi membersihkan namanya.

Menurut sumber seorang peguam terkenal sudah menolaknya kerana katanya kes Shafie melibatkan pengambilan wang rakyat miskin Sabah.

Sebelum ini Warisan membuat kutipan wang jaminan RM100,000 dari cawang-cawangan Warisan dan orang miskin serendah RM10.00. Bayaran peguam termahal ini masih belum dipastikan sama ada derma ataupun sumber kekayaannya yang dia ada sekarang.

 

Comment