Hadiah Adun Tanjong Batu 'Lompat' Warisan anak dilantik Ahli Majlis Perbandaran Tawau
05:11 Nov 03, 2018  |  By SabahKini2
Hadiah Adun Tanjong Batu 'Lompat' Warisan anak dilantik Ahli Majlis Perbandaran Tawau

11 Mei Hamisah bersekongkol berpaling tadah masuk Warisan. Kini Anaknya dilantik Ahli Majlis Perbandaran Tawau.Warisan boleh wakilkan isteri dalam majlis kini Anak juga boleh jadi wakil kepada ibunya selepas dilantik Ahli Majlis

TAWAU-  Penyertaan ADUN Tanjong Batu Hamisah Samad pada 11 Mei lalu selepas PRU 14 membentuk kerajaan Warisan dan Pakatan Harapan Sabah akhirnya berbaloi apabila anaknya Mohd Razif Nizam bin Abdullah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Tawau sesi 2018 hingga 2020.

Anaknya Mohd Razif Nizam dilantik bersama 24 Ahli Majlis pada 1 November lalu dalam satu majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Perbandaran Tawau yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew

11 Mei 2018 Ketika Hamisah melompat Warisan. Muis Pichu dilantik Pembantu Menteri namun Hamisah masih menunggu. Anak sudah dilantik Ahli MPT. Akan ada lagi selepas ini untuk beliau?


Mohd Razif Nizam bin Abdullah anak YB Hamisah Samad Adun Tanjong Datu dilantik Ahli Majlis Perbandaran Tawau

 

Pelantikan ahli majlis biasanya disokong oleh Ahli Parlimen atau Adun dan Adun Tanjong Batu telah mengesyorkan pelantikan kepada kerajaan Warisan untuk anaknya sendiri.

Beberapa gambar tular dalam laman sosial facebook mengesahkan pelantikan anaknya sebagai ahli majlis dan mereka mempersoalkan keperluan cadangan melantik anaknya apakah ini trend Warisan “Isteri menjadi Wakil Suami dalam majlis rasmi” dan kini anak pula bakal menjadi wakil kepada ibu mereka yang bergelar ‘YB’.

Karim 45, berkata inilah amalan kronisme dan nepotisme mengutamakan kepentingan keluarga sedangkan ada ramai lagi yang layak menjadi Ahli Majlis Perbandaran Tawau.

“Adalah sesuatu yang janggal melantik ahli majlis dikalangan anggota keluarga, mungkin inilah hasil sejak menyertai Warisan”. katanya

Mohd Zakrie pula berkata inilah amalan pemimpin ‘lompat’ pasti mengutamakan kepentingan peribadi dan berbohong demi rakyat.

Sementara itu Christina Liew dalam ucapannya mahu Ahli Majlis Perbandaran Tawau perlu kerap turun padang dan mengadakan aktiviti bagi memudahkan untuk menyelesaikan permasalahan dihadapi rakyat.

Liew yang juga Anggota Parlimen Tawau berkata Ahli Majlis Daerah juga perlu berperanan sebagai ejen menyuarakan kepentingan rakyat dan seterusnya memberi pemahaman kepada rakyat tentang dasar serta peraturan yang ditetapkan kerajaan.

 

5 Comments