Rafizi lapor polis kepala dipukul samseng 'Geng Kartel Azmin' di Keningau
12:11 Nov 04, 2018  |  By SabahKini2
Rafizi lapor polis kepala dipukul samseng 'Geng Kartel Azmin' di Keningau

[VIDEO] Panas di pemilihan PKR Cabang Keningau apabila kecoh antara geng Rafizi dan Azmin Ali. Rafizi mendakwa kepala dipukul namun tidak cedera.

Kecoh Team Rafizi VS Team Azmin Ali

KOTA KINABALU: Tular video kekecohan pemilihan PKR Cabang Keningau yang menyebabkan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli diserang dan dipukul di bahagian kepada oleh seorang lelaki ketika hadir meninjau proses pemilihan parti di cabang itu.

"Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata Rafizi telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Keningau pada pukul 5 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahkan berlaku insiden pergaduhan dan laporan dibuat oleh Rafizi Ramli.

“Kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh Rafizi yang menyatakan bahawa beliau ditolak oleh seorang lelaki.

“Bagaimanapun, kita tidak menerima sebarang laporan lagi berkaitan insiden yang berlaku di dalam dewan itu,” katanya

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 / 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaaan.

Rakaman beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan kekecohan itu.

 

VIDEO 2 Rafizi

VIDEO 3- MERUSUH MEMECAH DEWAN

 

1 Comment