Ahli Parlimen Kalabakan ‘serang’ Sabahkini2 dalam Dewan Rakyat
06:11 Nov 04, 2018  |  By SabahKini2
Ahli Parlimen Kalabakan ‘serang’ Sabahkini2 dalam Dewan Rakyat

Hakikatnya laporan portal Sabahkini2 laporkan adalah dari pelbagai sumber sahih untuk disampaikan kepada rakyat. Malah tidak terkecuali pemimpin pembangkang, penjawat awam, tokoh korporat dan lain-lain lagi juga turut didedahkan.

Soalan tambahan lisan YB Ma'Mun Sulaiman di Dewan Rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan menjamin akan memberikan kebebasan kepada laporan media dan tidak akan mengikut polisi parti atau pakatan.

Namun nampaknya Kerajaan dan pemimpin Warisan di Sabah merasa takut dan cuak dengan laporan portal alternatif Sabahkini2. Mereka takut penyelewengan dan perangai buruk mereka didedahkan.

Hakikatnya laporan portal Sabahkini2 laporkan adalah dari pelbagai sumber sahih untuk disampaikan kepada rakyat. Malah tidak terkecuali pemimpin pembangkang, penjawat awam, tokoh korporat dan lain-lain lagi juga turut didedahkan.

Tidak kurang yang merasa tidak berpuas hati dan membuat pelbagai laporan terhadap Sabahkini2. Perkara yang sedemikian adalah hak masing-masing dan paling penting mereka menjawab isu yang di utarakan mengikut cara masing-masing.

Terbaru tidak cukup itu pemimpin Warisan Ahli Parlimen Kalabakan YB Ma’mun Sulaiman menyerang portal Sabahkini2 dalam Dewan Rakyat ketika sesi soal jawab bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tuan Eddi Syazlee Shith

 

Nota- Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

 

3 Comments