Menjelang 'Penentuan' 7 November Musa Aman didakwa di mahkamah petang ini
11:11 Nov 05, 2018  |  By SabahKini2
Menjelang 'Penentuan' 7 November Musa Aman didakwa di mahkamah petang ini

Seperti dijangka pemimpin BN akan terus didakwa. Kali ini Tan Sri Musa Aman dituduh di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997

 

PUTRAJAYA- Datuk Seri Musa Aman akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini berhubung 23 pertuduhan rasuah membabitkan pembalakan di negeri itu.

Menurut umber yang rapat dengan kerajaan, 23 pertuduhan itu melibatkan sejumlah AS$63 juta yang didepositkan ke akaun bank Singapura dan Hong Kong.

Difahamkan ADUN Sungai Sibuga itu akan dibawa ke mahkamah dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Sementara itu SPRM dalam kenyataannya berkata Musa ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10.05 pagi ini.

"Susulan itu Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

"Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 2 petang ini," kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut disabitkan dengan tuduhan yang sama.

Najib berdepan 38 tuduhan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan dana 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Sementara itu, Zahid yang juga presiden Umno, didakwa dengan 45 pertuduhan berkaitan dengan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah.

Mahkamah Tinggi oktober lalu menetapkan 7 November ini untuk mendengar keputusan berhubung kes siapa Ketua Menteri Sabah yang sah. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yew Jen Kie menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan lisan pihak plaintif dan defendan kes saman difailkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

[ARTIKEL BERKAITAN- 7 November penentu Mahkamah Shafie Ketua Menteri ‘Haram’ dan Musa Ketua Menteri sebenar ]

7 November penentu Mahkamah Shafie Ketua Menteri ‘Haram’ dan Musa Ketua Menteri sebenar

 

 

6 Comments