Sekongkol Warisan: Tangau kalah memalukan, KDMR tolak ‘Pengkhianat Bangsa’
07:11 Nov 05, 2018  |  By SabahKini2
Sekongkol Warisan: Tangau kalah memalukan, KDMR tolak ‘Pengkhianat Bangsa’

Presiden UPKO Madius Tangau kalah memalukan bertanding Presiden KDCA. Sekalipun menggunakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah atas alasan memajukan KDMR nampakya KDCA tetap menolak kerana pengkhianatanya pada 11 Mei lalu kepada pemimpin KDM

PENAMPANG- Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengalami kekalahan yang memalukan dalam Pemilihan Majlis Tertinggi Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) untuk sesi 2018-2021, yang telah berlangsung selama 2 hari di Hongkod Koisaan di sini, ahad lalu.

Beliau, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah (dan menggunakan jawatan ini untuk kempen KDCA) di bawah kerajaan Shafie (Warisan) itu dilaporkan telah tewas dengan teruk dalam pertandingan tiga penjuru untuk merebut salah satu daripada 2 kerusi bagi jawatan nombor dua persatuan itu iaitu jawatan Timbalan Presiden.

Kaum KDMR nampaknya memandang serius pengkhianatan Madius Tangau Presiden UPKO kepada bangsanya sendiri selepas bergabung dan menjatuhkan Presiden KDCA. Walaupun Madius berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah nampaknya KDCA tetap menolak Tangau. Ia mesej jelas apabila KDCA tetap memilih Tan Sri Pairin dan Maximus Ongkili (Presiden PBS). 

Tangau gagal setelah hanya sekadar memperoleh sebanyak 211 undi daripada 715 orang perwakilan yang hadir pada Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan ke-14 KDCA itu. Beliau tewas kepada 2 lagi calon lain iaitu Bulawan Sigah Datuk Seri Panglima Dr Clarence Bongkos Malakun yang memperoleh sebanyak 426 undi, dan juga YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBS) yang menerima 349 undi. Kedua-dua mereka berjaya dinobatkan sebagai Timbalan Presiden KDCA yang baru bagi sesi 2018-2021 ini.

Kekalahan Tangau ini disifatkan sebagai satu isyarat awal yang menandakan bahawa masyarakat Kadazandusun semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri pimpinan Warisan, yang mana UPKO yang dipimpin oleh Tangau itu merupakan sekutu utamanya, selain PKR dan DAP.

Dengan kata lain, penolakan terhadap Tangau ini dianggap sebagai penolakan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh Shafie.

Sementara itu, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dilaporkan menang tanpa bertanding sekaligus membolehkan beliau mempertahankan jawatan sebagai Presiden persatuan itu tanpa sebarang tentangan. Bagi jawatan Naib Presiden (yang menawarkan 6 kerusi) pula, terdapat seramai 8 orang calon yang bertanding. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Robert Tawik merupakan antara 6 yang terpilih. 5 yang lain ialah John Chryso Masabal, Tindarama Sebastian Dirih Anjim, James Muyau, Datuk Dr Dayu Sansalu, dan juga Datuk Daniel Kinsik. Keenam-enam mereka kini adalah Naib Presiden KDCA yang sah.

Di samping itu, dilaporkan juga seramai 31 orang calon telah masuk bertanding bagi merebut 11 kerusi Ahli Majlis Tertinggi Persatuan ini.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Majlis Tertinggi KDCA (sesi 2018-2021):

PRESIDEN
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

TIMBALAN PRESIDEN
1. Bulawan Sigah Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun
2. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

 

NAIB PRESIDEN
1. John Chryso Masabal
2. Tindarama Sebastian Dirih Anjim
3. James Muyau
4. Datuk Dr Dayu Sansalu
5. Robert Tawik
6. Datuk Daniel Kinsik

AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. Datuk Dr Joachim Gunsalam
2. Dr Mary Gambidau
3. Evaristus Gungkit
4. Datuk Steven Beliku
5. Rosniah Ukun
6. Joanna Kitingan
7. Venitha Lojuti
8. Flavia Ignatius
9. Charles Dalansing
10. Dr Akhian Akhiew
11. Wilfreddoline Jakil
...

- Sabahkini2

35 Comments