Mengapa Hakim tak rujuk Krisis Perlembagaan Sarawak 1966 tapi rujuk Perak Negeri Beraja?
11:11 Nov 08, 2018  |  By SabahKini2
Mengapa Hakim tak rujuk Krisis Perlembagaan Sarawak 1966 tapi rujuk Perak Negeri Beraja?

Perak bukan seperti Negeri Sabah. Apakah perlembagaan Sabah sama dengan kes Perak? Keputusan hakim mewujudkan trend berbahaya yang boleh menjadi ikutan tanpa perlu kembali kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai ketua menteri Sabah apabila Mahkamah Tinggi memutuskan pelantikan beliau mengikut perlembagaan.

Hakim Datuk Yew Jen Kie yang pro Pakatan Harapan(PH) berkata beliau membuat keputusan itu merujuk kepada Negeri beraja Perak berdasarkan keputusan kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menentang Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, apabila kabinet Sabah termasuk ketua menteri dilihat melepaskan (walapun tidak letak jawatan) jawatan masing-masing, ia membuka jalan bagi Yang di-Pertua Tun Juhar Mahiruddin melantik Shafie bagi menggantikan Tan Sri Musa Aman mengikut Perkara 6(3) perlembagaan Sabah.

Hakim merujuk kepada krisis perlembagaan yang berlaku di Perak pada 2009 apabila Barisan Nasional (BN) menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berikutan peralihan sokongan Adun, mengakibatkan menteri besar ketika itu hilang penguasaan terhadap kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.

“Sama jugalah, jawapan bagi isu itu, sama ada pelantikan defendan kedua (Shafie) tidak mengikut perlembagaan, tidak sah dan terbatal, adalah tidak,” kata Yew ketika menyampaikan ringkasan penghakiman.

Beliau memutuskan Musa hilang penguasaan terhadap majoriti di DUN apabila 6 Adun BN berpaling tadah, menyebabkan jumlah kerusi gabungan itu berkurangan daripada 29 kepada 23 daripada 60 kerusi.

Yew berkata Juhar yakin Musa tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di DUN berdasarkan perisytiharan berkanun 6 Adun berkenaan.

“Pada 11 Mei 2018, defendan pertama (Juhar) menerima 6 perisytiharan berkanun yang disahkan 6 Adun daripada BN Sabah, bagi mengisytiharkan sokongan mereka kepada defendan kedua (Shafie) untuk dilantik sebagai ketua menteri,” katanya.

Hakim seterusnya berkata, semasa Musa menghadap Juhar, Juhar meminta Musa mengemukakan peletakan jawatan kerana tidak lagi mempunyai penguasaan terhadap kepercayaan majoriti Adun, tetapi plaintif enggan berbuat demikian.

“Maka, berdasarkan kefahaman beliau bahawa plaintif enggan mengemukakan peletakan jawatan kabinet negeri mengikut Perkara 7(1) perlembagaan Sabah, maka plaintif dan kabinet negeri dianggap sudah melepaskan jawatan masing-masing dan defendan seterusnya melantik defendan kedua (sebagai ketua menteri) mengikut Perkara 6(3), dibaca bersama-sama Perkara 10(2)(a) perlembagaan Sabah,” kata beliau.

Ketika menjelaskan perkataan “majoriti” dalam Perkara 6(7) perlembagaan Sabah, Yew berkata kefahaman plaintif tentang perkara itu dan hujahnya bahawa BN adalah sebuah parti politik tidak dapat dipertahankan kerana BN adalah gabungan politik yang dianggotai banyak parti politik.

Katanya, BN bukan sebuah parti politik walaupun ia sebuah entiti berdaftar dan calon parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 menggunakan simbol BN.

“Tiada bezanya dengan gabungan diterajui defendan kedua, walaupun ia tidak didaftarkan dan calon daripada parti itu bertanding dengan menggunakan simbol parti masing-masing,” kata beliau.

Hakim menambah hujah plaintif tentang perkataan “majoriti” dalam “Perkara” itu perlu diberi makna biasa, yang bermaksud “majoriti relatif” “paling banyak” dan bukan “majoriti mutlak”, juga tidak boleh dipertahankan.

Berkaitan isu sama ada undi tidak percaya satu-satunya cara menentukan majoriti ahli DUN hilang kepercayaan, hakim berkata keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar meletakkan prinsip undang-undang bahawa tiada keperluan mandatori bagi usul hilang kepercayaan diluluskan DUN terhadap ketua menteri sebelum beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

“Fakta ini boleh disahkan melalui kuasa luar,” katanya.

Beliau juga berkata walaupun terdapat perbezaan dari segi fakta serta keadaan dalam kes Nizar dan Perak adalah negeri raja berperlembagaan di mana Sultan mempunyai kuasa mutlak, manakala penggunaan budi bicara Yang di-Pertua dihadkan Perkara 10(2)(a) mengenai pelantikan ketua menteri, tetapi prinsip undang-undang yang disebut Mahkamah Persekutuan tetap terpakai kepada kes ini kerana ia melibatkan isu sama iaitu mengenai siapakah ketua menteri yang sah.

Menyentuh perkara sama ada apabila plaintif enggan melepaskan jawatan maka beliau dianggap melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri, hakim berpendapat penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Perak mewujudkan prinsip undang-undang yang terpakai bagi kes semasa.

“Maka, perkataan ‘hendaklah’ dalam Perkara 7(1) perlembagaan Sabah perlu diberikan kesan mandatori dan oleh itu plaintif, yang hilang kepercayaan majoriti di DUN, perlu mengemukakan peletakan jawatan daripada kabinet negeri. Keengganan plaintif untuk melepaskan jawatan setelah diminta berbuat demikian oleh defendan pertama dengan jelas bertentangan dengan peruntukan yang termaktub dalam Perkara itu,” katanya.

Yew seterusnya berkata oleh kerana Musa enggan mengemukakan peletakan jawatan, maka beliau serta anggota kabinet negeri dianggap telah melepaskan jawatan masing-masing dan oleh itu membuka jalan kepada pembentukan kabinet baharu.

“Justeru, pembubaran kabinet negeri mengikut Perkara 7(1) tidak melibatkan Yang di-Pertua atau ahli DUN berkenaan.

“Berdasarkan sebab yang dinyatakan tadi, isu bahawa defendan pertama telah bertindak secara ‘ultra vires’ terhadap perlembagaan Sabah apabila memecat plaintif, tidak timbul langsung atas alasan bahawa kabinet negeri, termasuk ketua menteri dianggap telah melepaskan jawatan masing-masing apabila ketua menteri enggan mengemukakan surat peletakan jawatannya setelah beliau hilang penguasaan tehadap majoriti,” katanya.

Beliau juga berpendapat keabsahan keputusan Yang di-Pertua dari segi perlembagaan dalam melaksanakan kuasa beliau mengikut Perkara 6(3) untuk melantik ketua menteri boleh dipersoalkan dan adalah sesuatu yang wajar.

Yew berkata isu lompat parti bukan bidang yang perlu diputuskan mahkamah dalam pertikaian ini dan perkara itu paling baik diserahkan kepada kebijaksanaan serta kehendak Parlimen untuk menghentikannya.

“Dengan ringkasan alasan yang diberikan itu, saya dengan ini menolak saman pemula yang difailkan Musa,” katanya.

Yew berkata, berikutan keputusan beliau dalam kes Musa itu, maka saman pemula yang difailkan Datuk Jahid @ Noordin Jahim, Adun Tamparuli, terhadap Shafie dan Juhar bagi mencabar pelantikan tersebut juga ditolak.

Beliau memerintahkan Musa membayar kos RM30,000 kepada Juhar dan Shafie kerana kes itu melibatkan kepentingan awam, manakala Jahid perlu membayar kos RM15,000 kepada Juhar dan Shafie.

 

Mengapa Perak Negeri Beraja?

Mengapa Hakim Datuk Yew Jen Kie merujuk krisis Perak Negeri Beraja sedangkan kesnya sangat berbeza denga negeri Sabah. Sultan di negeri mempunyai kuasa penuh berbanding TYT.

Mengapa Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak itu tidak merujuk kes paling dekat dan sesuai iaitu Krisis Perlembagaan Sarawak 1966?

Faktanya 21 daripada 42 ADUN Sarawak ketika itu telah menulis memorandum yang menyatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan ke atas Ketua Menteri iaitu Stephen Kalong Ningkan. Memorandum itu diserahkan kepada Gabenor (Yang Dipertua Negeri Sarawak).

Kemudian Gabenor pun mengarahkan Stephen untuk meletak jawatan beliau sebagai Ketua Menteri. Namun begitu, Stephen menolak untuk meletakkan jawatan.

Gobenor kemudiannya telah mengisytiharkan bahawa Stephen telah dipecat dari jawatan berkenaan dan melantik Tawi Sli sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Ekoran daripada itu, Stephen telah menyaman Gabenor dan mahkamah kemudian menegaskan bahawa keputusan penyingkiran Stephen daripada jawatan yang disandang olehnya itu adalah salah di sisi undang-undang dan perlembagaan.

Malangnya, walaupun mahkamah telah memutuskan demikian, Kerajaan Persekutuan tiba-tiba saja mengisytiharkan darurat di Sarawak pada bulan September 1966 dan kemudian Tawi Sli pun dilantik sebagai Ketua Menteri.

Dipercayai bahawa tindakan penyingkiran Stephen itu adalah hasil daripada campur tangan Kerajaan Persekutuan yang kurang menyenangi kelantangan beliau dalam menuntut status autonomi negeri yang lebih besar.

Ringkasan Penghakiman Datuk Yew Jen Kie seperti berikut-

 

 RINGKASAN PENGHAKIMAN DATUK YEW JEN KIE

 

13 Comments