Cukai jualan 5 peratus produk petroleum, Sarawak 'berani' Sabah 'Penakut'?
01:11 Nov 11, 2018  |  By SabahKini2
Cukai jualan 5 peratus produk petroleum, Sarawak 'berani' Sabah 'Penakut'?

Sarawak telah mula tetapkan 5 peratus produk petroleum bermula 1 Januari 2019 walaupun Azmin tidak berpuas hati. Tapi Sabah masih membuat kajian lag berhubung cukai itu.

 

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri hari ini bertegas pembayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak jika dibayar 20 peratus adalah dari keuntungan bukan dari pengeluaran kasar. Petronas akan bankrap jika menurut kehendak negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun Ketua Menteri, yang juga Menteri Kewangan Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2019 pada Isnin lepas mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum bermula januari 2019.

Mengulas keputusan itu tindakan Kerajaan Negeri mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum yang dikeluarkan di negeri ini akan memberi impak bukan sahaja kepada Petronas malah pasaran produk berkenaan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Azmin lagi, sebarang kenaikan cukai tambahan mungkin memberi kesan kepada pengeluaran produk petroleum di negeri Sarawak.

“Namun, kita menghormati cadangan yang telah dikemukakan dan saya mengambil sikap yang proaktif untuk berbincang lebih lanjut tentang cadangan ini dengan Kerajaan Negeri Sarawak,” kata Azmin dan menambah Petronas turut menyatakan pandangan mereka mengenai perkara itu.

Sementara itu Kerajaan Sabah bersedia akan mengkaji cadangan bagi mengenakan cukai jualan bagi produk petroleum untuk menambah pendapatan negeri itu.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebagai sebuah negeri pengeluar gas dan minyak terbesar ngara, langkah atau usaha yang dapat meningkatkan pendapatan amat dititikberatkan.

“Kita akan melihat pelbagai aspek terhadap perkara ini (cukai jualan petroleum). Sudah pasti kita akan pertimbangkan apa juga usaha yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan negeri ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada Sabah bersedia mengkaji langkah mengenakan cukai jualan bagi produk petroleum sebanyak lima peratus seperti yang dilaksanakan kerajaan Sarawak bermula 1 Januari tahun depan.

Rekod 6 bulan Kerajaan Negeri Sabah bawah Warisan biasanya Shafie Apdal akan akur kepada keputusan Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri. Mungkin itulah jawapan mengapa Sarawak berani membuat ketetapan berbanding Sabah.

2 Comments