Adun DAP anjur Pesta Arak 'Oktoberfest' Pembantu Menteri 'Warisan' minta maaf
20:11 Nov 10, 2018  |  By SabahKini2
Adun DAP anjur Pesta Arak 'Oktoberfest' Pembantu Menteri 'Warisan' minta maaf

Seakan dirancang. Selepas tular dan dikecam barulah pembantu menteri 'Warisan' muncul meminta maaf sedangkan penganjur ialah Adun DAP.

SANDAKAN- Pelbagai pihak di Sandakan hari ini tidak berpuas hati dengan penganjuran pesta arak 'OktoberFest ' yang dianjurkan secara terbuka di Bandar Indah Lorong 1 Sandakan di sini.

Beberapa gambar yang tular menunjukan Pesta Arak itu dirasmikan YB Calvin Chong Adun DAP N.45 Elopura.

Netizen mempersoalkan penganjuran pesta itu di kawasan terbuka dan bukannya tertutup sebagaimana sebelum ini.

Adun Sekong YB Arifin Asgali yang juga Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri kesal dengan penganjuran masjlis itu tanpa pengetahuan dan juga di kawasan terbuka.

“Saya mohon maaf kepada masyarakat Islam di Daerah Sandakan di atas penganjuran Oktoberfest tanpa pengetahuan saya dan akan membantah perkara ini dianjurkan di tempat terbuka.” katanya di dalam facebook.

Netizen mula menularkan gambar tempat penganjuran Pesta Arak tersebut mengecam kepimpinan Kerajaan Warisan yang dikatakan tidak sensitif dengan orang Islam di daerah ini. Komen-komen negatif netizen akhirnya mengundang respon pemimpin Warisan beragama Islam memprotes majlis terbuka itu. 

Selepas dikecam 'banner' penganjuran majlis itu akhirnya ditanggalkan oleh pihak penganjur.

 

5 Comments