“ Saya telah menerima waran yang mengarahkan saya ke Putrajaya. Saya tidak boleh beritahu apa perkara yang sedang disiasat,” katanya.

Kes penipuan projek penyelenggaraan UMS dikatakan mendapat surat sokongan daripada Shafie Apdal sebelum ini. Kes ini pernah pernah dilaporkan kepada SPRM pada tahun 2012.Dua pegawai universiti itu yang bersekongkol dengan syarikat milik Datuk Peter Anthony itu untuk 'memalsukan' surat yang disokong oleh Shafie Apdal turut diambil keterangan. 

Pada 6 Oktober lalu, Peter bersama dua individu lain direman selama lapan hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana KKLW yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion.

Sementara itu semalam, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang sebelum ini direman lapan hari turut hadir memberi keterangan di pejabat SPRM  pada pukul 10 pagi.