Tiada yang keluar parti UMNO kekal dalam GBS kata Hajiji
15:11 Nov 12, 2018  |  By SabahKini2
Tiada yang keluar parti UMNO kekal dalam GBS kata Hajiji

Tiada ahli UMNO atau pemimpin UMNO yang akan keluar parti. “Tiada soal yang akan pergi atau datang,”

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menafikan bahawa ahli Umno Sabah akan keluar parti untuk menyertai Parti Warisan Sabah atau Upko.

“Tidak benar, isu ini tidak timbul sama sekali kerana kita semua adalah sebahagian daripada Gabungan Bersatu Sabah.

“Tiada soal yang akan pergi atau datang,” katanya ketika ditemui diluar Dewan semasa persidangan Belanjawan Negeri 2019 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas khabar angin bahawa beberapa orang wakil rakyat Umno Sabah akan keluar parti.

Umno Sabah, katanya akan terus berjuang bersama GBS.

 

4 Comments