Terima kasih atas sokongan anda! Tiada yang lain hanya di Portal Sabahkini2!
16:11 Nov 12, 2018  |  By SabahKini2
Terima kasih atas sokongan anda! Tiada yang lain hanya di Portal Sabahkini2!

Pihak editor juga memaklumkan setakat hingga hari ini Portal Sabahkini2 tidak mempunyai 'facebook page' rasmi, twitter atau intagram. Semua berita dan artikel hanya disiarkan dalam Portal Sabahkini2.com.

Pengumuman:

Pihak editor portal Sabahkini2 memaklumkan bahawa bilangan pembaca terus meningkat sejak tahun lalu bulan demi bulan begitu juga laporan terhadap pihak berkuasa berhubung laporan portal ini yang mungkin tidak menyenangkan pelbagai pihak.  Walau apapun pandangan anda Sabahkini2 adalah satu dari alternatif yang berbeza dari apa yang disampaikan oleh media pro kerajaan. 

Pihak editor juga memaklumkan setakat hingga hari ini Portal Sabahkini2 tidak mempunyai 'facebook page' rasmi, twitter atau intagram. Semua berita dan artikel hanya disiarkan dalam Portal Sabahkini2.com. 

Jika ada pihak tertentu yang menyediakan pelbagai platform yang lain 'kita anggap saja sebagai promosi percuma' untuk Sabahkini2.com. 

Apa yang penting jika anda terima maklumat dari Sabahkini2.com "Yang Penting Sebar dan Kongsikan".

Kami mengucapkan terima kasih kepada warga pembaca yang setia bersama kami termasuk warga 'pembenci' dan 'marah-marah sayang' kepada Sabahkini2.com. Kepada parti Warisan, penyokong dan pemimpinnya  sehingga sanggup membawanya dalam perbahasan Dewan Rakyat anggaplah Sabahkini2 sebagai "Check and balance' anda.

Tiada yang sempurna di dunia ini. Jika ada berita yang baik mengenai usaha Kerajaan Warisan membenteras PTI, kami tiada halangan berkongsi mengenainya. Di zaman rakyat akses maklumat setiap dari mereka adalah 'wartawan' yang akan melaporkan apa yang mereka suka atau tidak. Ini zaman media terbuka. Anda kena bersiap menghadapinya. Dengan keberanian dan tanpa takut anda akan mendapat berita 'benar-benar' berani dalam Sabahkini2. 

Anda tidak perlu mencari Sabahkini2 kerana di mana-mana  ada 'teman' dan penyampai maklumat Sabahkini2. Anda hanya perlu sampaikan maklumat dimana anda suka. Kami pasti akan dapat mencapainya.  Kepada rakyat yang merasa ditindas oleh pemimpin, wakil rakyat, ahli korporat atau sesiapa saja. Mari Sabahkini2.com adalah tempat anda. Percayalah Kami sentiasa bersama anda.

Terima kasih atas sokongan anda. Kami kekal bertahan kerana anda!

Ketua Editor Sabahkini2
12 November 2018

13 Comments