16 individu ditahan dalam operasi cegah jenayah di Kota Kinabalu
17:11 Nov 12, 2018  |  By SabahKini2
16 individu ditahan dalam operasi cegah jenayah di Kota Kinabalu

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua individu terbabit adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur dalam lingkungan 11 hingga 56 tahun.

KOTA KINABALU-  Tahniah PDRM. Polis menahan 16 individu termasuk tujuh daripadanya terlibat dalam kes jenayah mencuri dan pecah rumah susulan operasi cegah jenayah dijalankan di empat lokasi sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua individu terbabit adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur dalam lingkungan 11 hingga 56 tahun.

Beliau berkata operasi enam jam bermula 2 petang Sabtu itu dijalankan dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Operasi ini memberi tumpuan lokasi mempunyai PATI yang mengundang kepada kegiatan jenayah di sekitar bandar raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Habibi berkata kes tangkapan PATI akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dua kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Selain itu, tiga kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan dua kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan mencuri,” katanya.

Operasi itu akan diteruskan pada masa akan datang dan orang ramai dialu-alukan menyalur maklumat kepada pihak polis termasuk melalui media sosial dalam usaha membanteras jenayah, PATI dan gejala negatif di daerah ini, katanya.

-- BERNAMA

5 Comments