SPRM tahan Tengku Adnan, esok bakal didakwa
15:11 Nov 14, 2018  |  By SabahKini2
SPRM tahan Tengku Adnan, esok bakal didakwa

Difahamkan, Tengku Adnan akan didakwa esok berhubung siasatan kes berkenaan termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Utusan Malaysia Online yang memetik sumber, melaporkan Tengku Adnan ditahan pada jam 3.15 petang selepas tiba untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Tengku Adnan sudah sampai ke ibu pejabat SPRM, selepas tiba pada pukul 3.15 petang beliau terus ditahan,” katanya.

Tengku Adnan hari ini dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penjualan tanah DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Difahamkan, Tengku Adnan akan didakwa esok berhubung siasatan kes berkenaan termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.

Baru-baru ini, media melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan dan SPRM sejak 31 Julai lalu.

Pada bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah tersebut.

2 Comments