SPRM siasat NGO sukan beli 'pingat' dan tipu kerajaan negeri dapatkan insentif dana
20:11 Nov 14, 2018  |  By SabahKini2
SPRM siasat NGO sukan beli 'pingat' dan tipu kerajaan negeri dapatkan insentif dana

[VIDEO] Disiasat SPRM! Gara-gara demi mahu mendapatkan insentif dana dari kerajaan negeri sebuah NGO Sukan sanggup menipu membeli 'pingat'. Keputusan berita video jelas menunjukkan atlet Malaysia tewas namun tiba-tiba dapat 'pingat gangsa'

PETALING JAYA - Isu rasuah dan salah guna kuasa dalam persatuan sukan tidak pernah berakhir. Setiap NGO Sukan Negeri mempunyai masalah masing-masing.

Terbaru terdedah surat aduan kepada YB Menteri Belia dan Sukan mengenai salah laku rasuah dan salah guna kuasa sebuah Persatuan Sukan di Negeri Terangganu melibatkan Presidennya yang dikatakan membeli pingat kemenangan sukan di luar negara serta menipu keraajaan Terengganu ketika itu untuk mendapat insentif dari kerajaan negeri. 

Surat aduan itu mendedahkan bekas Adun dan exco UMNO ketika itu Datuk Rozi Mamat dikatakan bersekongkol bersama sebuah NGO negeri itu untuk menipu keputusan kemenangan acara sukan antarabangsa di luar negara. Ia dikatakan berlaku di Sukan SEA 2013 Myanmar bagi sukan Kanu.

Dilaporkan atlet Malaysia, Siti Rajah Ali peserta Kanu wanita yang bermula di lorong kedua telah menamatkan perlumbaan di tempat terakhir dengan catatan masa 51.970 saat jauh ditinggalkan oleh pemenang pingat emas Erni Sokoy dari Indonesia dengan masa 42.948 saat dalam acara Kanu Wanita K1 200 meter Final

Bagaimanapun, tercatat di web rasmi Sukan SEA Myanmar itu Siti Rajah Ali telah disenaraikan sebagai pemenang pingat gangsa bersama dengan peserta Myanmar Hnin Wai Lwin dengan memegang catatan bersama 43.164 saat

Keputusan sebenar seperti dilapor media kedudukan ke enam

Pemenang Pingat Gangsa - Kanokpan Suansan bukan Siti Rajiah Ali.
Jadi bagaimana Rajiah boleh menjadi pemenang Gangsa berkongsi dengan Kanokpan

Sesuatu yang sangat meragukan berlaku apabila catatan bagi Siti Rajah Ali pada perlumbaan Final secara rasmi 51.970 telah bertukar kepada 43.164 saat serta kedudukan dari tempat keenam menjadi tempat ketiga.

Menurut sumber, Presiden Kanu Malaysia dan Presiden Kanu Terengganu ketika itu diterajui oleh Dzulkafli Abas telah membayar rasuah untuk membeli pingat itu bagi menutup malu sekembalinya ke Malaysia.

Menyokong dakwaan itu dua video rakaman berita berdurasi 2 minit 30 saat turut ditularkan membuktikan keputusan acara kanu di Sukan SEA itu menunjukkan peserta Malaysia tewas bukan di tempat ketiga.

Dengan 'pingat beli’ itu Presiden dan Persatuan Kanu Negeri Terengganu jelas menipu Exco dan Kerajaan negeri untuk mendapat manfaat pembiayaan atau insentif sukan dari Kerajaan Negeri Terengganu.

Malah kerajaan negeri menobatkan Persatuan Kanu Terengganu menerima anugerah Pengurusan Persatuan Terbaik yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu ketika itu, Ahmad Razif Abdul Rahman. 

[ARTIKEL BERKAITAN : Hafifi, Fatehah dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu ]

Menurut surat aduan itu bagi membersihkan Persatuan Sukan seperti Persatuan Kanu Malaysia bersih dari rasuah menyarankan Pegawai dan Persatuan Negeri yang terlibat rasuah disiasat oleh SPRM bagi memulihkan imej sukan Kanu di negara ini.

Bukan itu sahaja beberapa ahli parsatuan sukan itu meminta SPRM menyiasat akaun Presiden (Dzulkafli Abas) dan Persatuan ketika itu yang banyak menerima sumbangan kewangan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan namun persatuan masih ditakuk lama tidak berubah.

Sumber KBS sebelum ini sudah mengetahui kes ini namun ia ditutup bagi mengelakkan nama NGO Sukan negeri terjejas. Kes ini sudah pasti boleh menjadi radar SPRM memandangkan ia kes yang jelas. 

 

 

 

 

Comment