Dulu Sabah berstatus negara kini hanya 'wilayah' kata pengamal undang-undang
22:11 Nov 14, 2018  |  By SabahKini2
Dulu Sabah berstatus negara kini hanya 'wilayah' kata pengamal undang-undang

Sudahlah diturun status daripada Negara kepada Negeri pada 1976, kini dicadang lagi ke status yang lebih rendah "Wilayah". Sama seperti status Labuan. Jika ini terjadi apa natijahnya?

KOTA KINABALU - Susulan cadangan Shafie Apdal kepada Jawatankuasa Khas untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf Sabah sebagai sebuah wilayah mendapat kritikan dari netizen Sabah.

Beliau berkata, perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu tidak lama lagi.

“Jawatankuasa khas itu dijangka mengadakan mesyuarat pertama dalam masa terdekat untuk mengenal pasti skop semakan dan isu berkaitan MA63.

Walaubagaimanapun beberapa pengamal undang-undang Sadi Nasah menyelar cadangan Shafie Apdal itu.

Sadi Nasah dalam facebooknya berkata sebarang Pindaan Perlembagaan yang membabitkan hak dan perundangan Sabah dan Sarawak perlu memperoleh sokongan majoriti Dua Pertiga ahli parlimen

“...Apa permainan, Tun M? Jangan ingat kita rakyat Sabah tak nampak tujuan sebenar kamu.

“Cadangan Tun M untuk menukar terma "Negeri" kepada "Wilayah" untuk Sabah dan Sarawak adalah helah yang sama seperti pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet TM itu. Cadangan sebegini memang tidak logik dan tidak masuk akal”. Katanya

Tambahnya lagi apa rasionalnya dua negara Borneo (Sabah Sarawak) yang memang berstatus Negara Autonomi mengikut MA63, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1963.

“Sudahlah diturun status daripada Negara kepada Negeri pada 1976, kini dicadang lagi ke status yang lebih rendah "Wilayah". Sama seperti status Labuan. Jika ini terjadi apa natijahnya?”. katanya

Apa jadi kepada Labuan setelah diambil-milik (annexed) dan di-Malaya-kan daripada Negara Sabah?

“Antara alasan pengambialihan Labuan pada 1984 adalah untuk membangunkan Labuan dan Sabah. Namun setelah 32 tahun cadangan Pembinaan Jambatan ke Tanah Besar Sabah pun tidak Dilaksana. Labuan hilang Identiti mereka sebagai Sabahan dan pembangunannya hanya beri manfaat kepada Malaya”. katanya

19 Comments