Hakim Azura Alwi yang membuat keputusan di akhir pembelaan itu turut memerintahkan Mohd. Arif, 61, menjalani hukuman penjara selama tiga tahun sekiranya dia gagal membayar denda.

Sementara itu, anak Mohd. Arif, Ahmad Zukhairi dihukum penjara lima tahun dan denda RM9.6 juta atau 10 tahun penjara selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan dua pertuduhan menerima suapan wang tunai pada 2016.

Bagi pertuduhan pertama, hakim Azura memerintahkan Ahmad Zukhairi, 31, menjalani hukuman penjara lima tahun dan denda RM3 juta atau tiga tahun penjara manakala pertuduhan kedua penjara tiga tahun dan denda RM6 juta atau empat tahun penjara.

Bagi pertuduhan ketiga penjara dua tahun dan denda RM350,000 atau 18 bulan penjara dan pertuduhan keempat dua tahun penjara dan denda RM250,000 atau 18 bulan penjara dan mahkamah memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.

Dalam penghakimannya Azura berkata, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.

"Pembelaan tidak beri penjelasan yang jujur berkaitan intipati pertuduhan, keterangan pembelaan bersifat penafian kosong semata-mata," katanya.

Bagaimanapun kekal misteri ialah syarikat yang membayar rasuah iaitu Pengarah Syarikat Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh dan Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd ( Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sistem solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus bernilai RM56,500, 000 (RM56.5 juta) mereka tidak didakwa.

Malah syarikat Syarikat Wazlina Sdn Bhd dan Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd  yang sekian lama memberi rasuah kepada penjawat awam tidak disenarai hitamkan dan terus diberi projek di pelbagai KKLW dan kementerian lain.