Menteri UPKO akui BN turunkan kadar kemiskinan Sabah
12:11 Nov 18, 2018  |  By SabahKini2
Menteri UPKO akui BN turunkan kadar kemiskinan Sabah

Kadar kemiskinan Negeri Sabah telah menurun daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012, seterusnya 4.0 peratus pada 2014 dan 2.9 peratus pada 2016.

KOTA KINABALU: Kadar kemiskinan Negeri Sabah telah menurun daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012, seterusnya 4.0 peratus pada 2014 dan 2.9 peratus pada 2016.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, angka-angka itu adalah hasil daripada Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dilaksana Jabatan Perangkaan Malaysia pada kekerapan dua kali bagi tempoh setiap lima tahun yang merangkumi keseluruhan daerah di Sabah.

"Bagi tahun ini, kita masih menunggu Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia," katanya menjawab soalan Matbali Musa (Umno-Lumadan).

Selain berusaha mengadakan program baharu di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Ewon mengakui KPLB meneruskan program kerajaan sebelum ini seperti Program Mini Estet Sejahtera (Mesej) dan Program Kampung Sejahtera (PKS) dan hanya perlu memperbaiki program-program sedia ada itu terutama dari segi penciptaan pendapatan kepada para peserta supaya tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan semata-mata.

Ewon memaklumkan keputusan Kabinet Sabah yang bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi Negeri mengetuai satu penyiasatan semula insiden kemiskinan tegar di Sabah bersama-sama agensi lain seperti Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Kementerian saya atau Jabatan Ketua Menteri akan membentangkan dapatan penyiasatan setelah siap nanti," katanya.

Kerajaan Warisan dan UPKO hanya mengambil alih kerajaan Sabah pada 12 Mei selepas satu rampasan kuasa pembelian adun UPKO dan BN. Dalam Tempoh 6 bulan kerajaan ini hanya mentadbir apa yang dilakukan oleh kerajaan lama. Dakwaan negeri muflis dan rezab kosong juga tidak benar kerana pembentangan bajet 2019 Sabah jelas meneruskan Belanjawan  Surplus sebagaimana 4 tahun berturut-turut sebelum ini.

 

3 Comments