MIC Labuan bubar sokong Dr Mahathir
10:11 Nov 19, 2018  |  By SabahKini2
MIC Labuan bubar sokong Dr Mahathir

MIC Labuan yang ditubuhkan pada 1986 sebaik sahaja Umno dan MCA melebarkan sayapnya ke Labuan, mempunyai lima cawangan dengan 336 anggota di pulau itu.

LABUAN-  MIC bahagian Labuan hari ini bubar selepas semua anggotanya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti dan mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mulai hari ini.

MIC Labuan yang ditubuhkan pada 1986 sebaik sahaja Umno dan MCA melebarkan sayapnya ke Labuan, mempunyai lima cawangan dengan 336 anggota di pulau itu.

Bekas Pengerusinya Datuk Ramasamy Rengasamy mengumumkan keputusan parti itu selepas bermesyuarat dengan semua anggotanya bagi memutuskan halatuju politik komuniti india di Labuan hari ini.- Bernama

2 Comments