Anifah kekal kerusi Parlimen Kimanis
13:11 Nov 20, 2018  |  By SabahKini2
Anifah kekal kerusi Parlimen Kimanis

Keputusan petisyen pilihanraya 9-0 selepas Mahkamah menolak permohonan Datuk Karim Bujang di Kimanis.

KOTA KINABALU: 9 berbalas 0 itulah keputusan mahkamah Petisyen Pilihanraya yang dituntut Warisan selepas keputusan akhir bagi kawasan Parlimen Kimanis berpihak kepada Datuk Sri Anifah Amah mewakili BN dan bekas Menteri Luar.

Hakim Mahkamah Tinggi Supang Lian turut memerintahkan petisyner, Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah untuk membayar kos RM30,000 kepada Anifah sebagai respondan pertama dalam petisyen tersebut.

Karim juga diarah membayar kos global sejumlah RM5,000 dibahagikan antara respondan kedua iaitu Pegawai Pilihanraya Kimanis dan respondan ketiga, Suruhanjaya Pilihanraya.

Dalam keputusannya, Supang menerima permohonan bantahan awal daripada Anifah yang menyatakan antara lain petisyen tersebut gagal mematuhi kehendak peraturan Petisyen Pilihanraya serta beberapa isu teknikal lain.

Antaranya pempetisyner gagal memberi bukti spesifik seperti masa dan tempat tuduhan rasuah yang berlaku semasa pilihanraya di kawasan Kimanis serta gagal menyampaikan petisyen kepada respondan pertama secara peribadi ataupun melalui kiriman surat berdaftar dalam tempoh 15 hari.

Karim dalam petisyennya mencabar kemenangan Anifah dan memohon keputusan pilihanraya pada 9 Mei lalu bagi kawasan Parlimen Kimanis diisytihar sebagai tidak sah.

Anifah memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 apabila mendapat jumlah undi sebanyak 11,942 berbanding Karim yang mendapat 11,786 undi. Seorang lagi calon, Jaafar Ismail dari Harapan Rakyat memperolehi 1,300 undi.

Anifah diwakili oleh Tengku Fuad Tengku Ahmad, Ansari Abdullah dan Ridwandean Borhan, manakala Rebecca Thong Fei Eng, Tiong Jia Yiu, Song Wei Wan dan Chua Kuan E mewakili Karim.

Respondan kedua dan ketiga diwakili oleh Muammar Julkarnain, Abdul Fikry Jaafar dan Faizal Sarbi.

Sebelum ini permohonan Joanna Rampas ditolak mahkamah bagi Dun Kiulu.

8 Comments