Madius Tangau lapor polis infografik “Madius Adalah Pengkhianat”
10:11 Nov 20, 2018  |  By SabahKini2
Madius Tangau lapor polis infografik “Madius Adalah Pengkhianat”

Saya menerima mesej di WhatsApp dan panggilan telefon yang marah berhubung poster itu. Panggilan itu melibatkan ancaman keselamatan saya dan keluarga.- Madius Tangau

 

PENAMPANG- Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau membuat laporan polis berhubung satu infografik yang tular dalam aplikasi WhatsApp dan laman facebook menuduhnya sebagai ‘Pengkhianat’.

“Saya menemui infografik berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam, ini bukan kali pertama saya dituduh memberi IC dan lain-lain. Tetapi kali ini keadaan menjadi semakin serius, selepas ia viral,” katanya yang juga presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko). 

“Saya menerima mesej di WhatsApp dan panggilan telefon yang marah berhubung poster itu. Panggilan itu melibatkan ancaman keselamatan saya dan keluarga.

“Saya sudah membuat laporan polis agar mereka boleh mencari dalang yang bertanggungjawab menyebarkan poster palsu itu dan jelas menyebabkan masyarakat marah,” kata ahli Parlimen Tuaran itu pada sidang media ringkas selepas membuat laporan di Balai Polis Penampang hari ini. 

Turut membuat laporan polis ialah Upko Tuaran di balai polis Tuaran.

Madius Tangau tidak senang dengan tuduhan kepada Upko kononnya selepas bergabung dengan Warisan Upko menyokonng projek IC serta pemberian dokumen warga asing yang bekerja di negara ini.

Poster/Infografik yang dilaporkan kepada pihak polis yang menyebabkan kebimbangan keselamatan keluarga Madius.

 

11 Comments