(VIDEO) Harga sawit jatuh: Kilang Sawit di Sabah tidak mahu beli buah sawit dari pekebun kecil
07:11 Nov 28, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Harga sawit jatuh: Kilang Sawit di Sabah tidak mahu beli buah sawit dari pekebun kecil

Ekonomi negara semakin teruk. Harga Sawit terus jatuh dan ini beri kesan kepada peneroka dan pekebun kecil sawit di Sabah.Terbaru kilang-kilang sawit turut tidak mahu membeli buah sawit dari pekebun kecil atas alasan harga sawit makin menurun.

KENINGAU: Harga buah tandan segar (BTS) kelapa sawit dicatatkan terus menunjukkan penurunan dan dijangka harga itu akan terus jatuh minggu demi minggu.

Tahun lepas harga rasmi BTS gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM311 beberapa minggu lepas. Kini di daerah Ranau dikatakan harga jatuh sehingga RM220 ke RM240 setan.

Terbaru tular gambar serta video di beberapa daerah seperti Ranau dan Keningau dalam laman media sosial facebook serta whatsapp melaporkan kilang-kilang sawit di Sabah tidak mahu lagi membeli buah kelapa sawit dari pekebun kecil.

21 November lalu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas merayu kepada kerajaan agar dapat mengatasi penurunan harga sawit dan getah daripada berterusan yang mana, hal itu merunsingkan para pengusaha di daerah itu.

Presiden Kehormat PPK Pitas Dato’Sri Dr RuddyAwah berkata, setakat ini seramai 3,300 ahli PPK Pitas mengusahakan tanaman sawit dan getah sebagai sumber pendapatan tetap mereka.

Komen-komen netizen tidak senang dengan perkembangan ini dan mahu kerajaan menangani segera sebelum menjadi krisis lebih teruk.

Datuk Bung Mokhtar Radin Ahli Parlimen Kinabatangan menyuarakan kebimbangan mengenai harga sawit semakin jatuh

"Hari ini saya mendapat tahu, banyak kilang sawit di Sabah tidak lagi membeli buah sawit segar dari pekebun kecil sebab alasan harga sawit makin menurun". katanya

Trend-trend kilang tidak mahu membeli sawit dari pekebun dan pengusaha ladang sawit dilaporkan terus merebak di seluruh Sabah dan ini pasti mengundang kecaman rakyat selepas ini.

Pekebun Kecil Sawit merungut Sawit mereka kilang tak mahu beli

89 Comments