Mahkamah batal saman dan 'Dakwaan dapat RM9.5 juta dari Najib tak masuk akal'
01:11 Nov 09, 2017  |  By SabahKini2
Mahkamah batal saman dan 'Dakwaan dapat RM9.5 juta dari Najib tak masuk akal'

Tuduhan itu benar-benar tidak masuk akal

Mahkamah Tinggi  membatalkan saman pemula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan terhadap kes liwat II berikutan tuduhan RM9.5 juta yang dibayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Azizah Nawawi dalam kamar dengan memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM10,000 kepada kerajaan.

Shafee yang dinamakan dalam permohonan penzahiran Anwar ketika ditanya mengenai keputusan itu menyifatkan tuduhan tersebut sama sekali tidak masuk akal.

"Saya memfailkan permohonan untuk membatalkan dan juga affidavit sokongan dan saya boleh katakan sekarang ini tuduhan itu benar-benar tidak masuk akal," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat dalam Sarawak Report.

Beliau juga hadir dalam kamar untuk mendengar keputusan itu. Peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya yang kecewa dengan keputusan itu berkata mereka telah menerima arahan untuk membuat rayuan.

Surendran menggesa Najib untuk mengakui atau menafikan dakwaan berkenaan.

"Setakat ini beliau tidak membuat sebarang komen mengenai perkara itu," kata peguam yang juga anggota parlimen Padang itu. Beliau apabila Najib tidak melayan saman ini. 

Comment