Projek milik KKLW dia menteri mengapa salahkan orang lain- Rahman Dahlan
02:11 Nov 09, 2017  |  By SabahKini2
Projek milik KKLW dia menteri mengapa salahkan orang lain- Rahman Dahlan

"Jika semua lancar pastinya tiada lagi masalah jalan, air dan elektrik di Sabah".

KOTA KINABALU: [Sabahkini]- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan menyelar  kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggunakan imuniti di Parlimen menuduh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman mengaitkan projek naiktaraf Lori Air Sungai Intan Semporna yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menurut beliau, hakikat semua orang tahu projek itu di bawah KKLW bekas menterinya Dato' Seri Shafie Apdal dan dilaksana secara tender terbuka walaupun kontraktor memenangi tender itu mempunyai talian persaudaraan dengan Ketua Menteri. Pertalian saudara bukan isu kerana yang melaksanakan projek KKLW ini bukan dibawah pengaruh Ketua Menteri tetapi Menteri KKLW. 

“Begitu ramai pihak yang mempertikaikan projek-projek KKLW  di bawah kendalian Shafie Apdal, jika semua lancar pastinya tiada lagi masalah jalan, air dan elektrik di Sabah".
 
“Jangan menggunakan imuniti parlimen untuk memburukkan orang lain serta membuat persepsi buruk pada sesuatu perkara yang masih dalam siasatan SPRM. katanya.

Semua pihak sedar dan tahu ketika Shafie dalam kerajaan beliau tidak pernah melaporkan perkembangan projek KKLW  kepada Ketua Menteri Sabah. YAB Tan Sri Musa Aman pernah menyatakan perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

"Ini fakta dan bukan kerana bila disiasat maka kita timbulkan isu ini,”katanya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Transformasi Sosial, Komuniti dan Pembangunan Lestari 2017, di sini.

Ahli Parlimen Semporna dan dua adiknya sebelum ini direman lapan hari berhubung siasatan penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di Sabah yang dilaporkan berlaku dari tahun 2009 hingga 2015. Turut ditahan ialah Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga pemilik Syarikat Asli Jati engineering antara syarikat disiasat SPRM. 

Sementara itu Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen  Subang turut mengecam Ahli Parlimen Semporna yang menyalahgunakan keistimewaan itu kerana tidak membuktikan dakwaannya.

Sivarasa mengakui keistimewaan Parlimen adalah mutlak.

“Hanya ada pengecualian hasutan. Tetapi, itupun bergantung kepada kes dan perlu mematuhi syarat. Selain itu, kamu tidak boleh disaman atas apa yang dikatakan di Parlimen,” katanya.

YAB Tan Sri Musa Aman pula menegur sikap tidak 'gentlemen' Shafie Apdal yang diketahui umum sedangkan kesnya masih disiasat SPRM. 

"Dia perlu bertenang untuk menunggu siasatan SPRM". katanya

Sebelum ini The Star melaporkan 14 syarikat yang dikawal oleh adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof, Hamid Apdal dan beberapa kontraktor proksi Shafie Apdal. 9 lagi masih disiasat. RM48 juta ditemui, RM180 juta akaun syarikat dibekukan SPRM, malah seorang saksi utama memiliki RM29 juta dana dibekukan.
 
 
Comment