Ketua Audit Negara pula sahkan Kerajaan PH yang sebenarnya curi duit ‘refund’ GST
04:12 Dec 04, 2018  |  By SabahKini2
Ketua Audit Negara pula sahkan Kerajaan PH yang sebenarnya curi duit ‘refund’ GST

Sebelum ini Ketua Pengarah Kastam (JKDM) sahkan kerajaan PH mencuri duit 'refund' GST dan betapa berbohongnya Lim Guan Eng.Terbaru Ketua Audit Negara pula mengesahkan penipuan Lim Guan Eng dan kerajaan PH sebagai pencuri sebenar

Ogos lalu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion tidak dibayar sepenuhnya.

Bagaimanapun kata Ketua Pengarahnya, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy dari April 2015 hingga penghujung Mei 2018, RM63.9 bilion bayaran yang telah dipindahkan ke akaun amanah.

"JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.

"Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion," katanya ketika itu.

Kenyataan KP JKDM ini membuktikan Kerajaan BN sebelum ini telah membayar RM63.9 bilion tuntutan GST yang dimasukkan ke tabung amanah dari Kumpulan Wang Disatukan. Tidak hilang dan dirompak sebagaimana tuduhan Lim Guan Eng.

Bakinya sehingga 31 Mei 2018 belum dibayar sejajar dengan peralihan kuasa selepas PRU 14 bermula 10 Mei 2018. Maka kerajaan Pakatan Harapannya yang mencuri duit ‘refund’ GST itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST

KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST

 

Kali ini Ketua Audit Negara pula mengesahkan sebenarnya kerajaan PH pencuri duit ‘refund’ GST itu. Sudah berkuasa tidak mahu bayar.

Ikuti artikel Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam facebooknya yang dipetik oleh media massa sebagai “Terima kasih Ketua Audit Negara”.

[ARTIKEL BERKAITAN]

Setelah kerajaan BN dan saya dituduh berulangkali telah "rompak" RM19.2 bilion wang tuntutan balik input GST oleh Guan Eng, saya telah menunggu agak lama untuk Laporan Audit Negara terhadap isu bayaran balik input GST diterbitkan.

Alhamdulillah, laporan ini akhirnya keluar pagi ini. Kebenaran itu pasti.

Laporan Audit menunjukkan bahawa jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion (Gambar A).

Jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini juga kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang dari 30 hari.

Sebanyak RM3.90 bilion merupakan tuntutan pulang balik yang tiada pembekalan bercukai dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan - bermakna wang ini mungkin tidak sah untuk dibayar balik.

Tunggakan yang terbesar pula ialah jumlah RM9.65 bilion yang dikategorikan sebagai wang dalam semakan. Tetapi, laporan audit juga mengesahkan bahawa bahagian terbesar tunggakan ini ialah dari 90 hari ke bawah. (Gambar B)

 

Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun.

Ini bermaksud bahawa jikalau wang input GST lambat dibayar balik, ianya ialah kesalahan kerajaan PH sendiri.

Yang tidak semak dan tidak bayar ialah PH sendiri.

Laporan audit juga mengesahkan bahawa sebelum ini, pihak kastam di bawah pentadbiran BN dianggap cekap untuk membayar balik tuntutan GST (gambar C).

Setakat akhir tahun 2017, 98.6% dari tuntutan bayaran balik dibayar dalam tempoh kurang dari 100 hari.

Hanya 0.06% dari tuntutan yang diluluskan dibayar balik dalam tempoh 200 hari ke atas.

Terima kasih kepada Jabatan Audit Negara untuk mengesahkan bahawa Guan Eng sebenarya seorang penipu bersiri dan cuba tai-chi kelemahan dan kedangkalan sendiri untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu.

Laporan Audit ini juga menunjukkan bahawa ada jumlah yang sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu kastam iaitu RM3.90 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.

Oleh itu, saya hairan mengapa Guan Eng tergesa-gesa untuk menjarah wang Petronas berpuluh-puluh bilion untuk tahun depan dengan alasan mahu membayar balik tuntutan-tuntutan ini. - Mohd Najib Razak

216 Comments