Bukti Laporan Ketua Audit Negara perakukan kejayaan kerajaan sebelum ini
13:12 Dec 06, 2018  |  By SabahKini2
Bukti Laporan Ketua Audit Negara perakukan kejayaan kerajaan sebelum ini

Laporan Ketua Audit Negara buktikan Pengurusan Kewangan Terbaik yang Sabah pernah ada. Musa berjaya membentangkan Bajet yang lebih besar untuk tahun 2018. 16 tahun 'surplus' berturut-turut.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 mengenai Sabah jelas mempertikaikan tuntutan Parti Warisan bahawa kewangan negeri telah dikelirukan oleh pentadbiran terdahulu.

Malah, Laporan AG tidak mengejutkan. Ia adalah kesinambungan laporan yang sama untuk 15 tahun yang lalu di bawah kepemimpinan Musa sebagai Menteri Kewangan Sabah.

Ia tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa ianya adalah salah satu Pengurusan Kewangan Terbaik yang Sabah pernah ada. Beliau berjaya membentangkan Bajet yang lebih besar untuk tahun 2018 walaupun harga minyak yang lemah pada masa itu dan pencapaian akaun lebihan selama 16 tahun berturut-turut.

Dari segi asas perakaunan, ini bermakna pentadbiran lalu tidak berbelanja melebihi daripada pendapatan yang diperolehi, jauh daripada tuduhan Warisan bahawa kewangan Negeri diuruskan dengan teruk dan tidak banyak yang ditinggalkan untuk mereka bagi memenuhi manifesto mereka.

Malahan, selepas 12 Mei, Parti Warisan secara terbuka mendakwa bahawa kewangan negeri berada dalam keadaan teruk.Malangnya, tuduhan kepincangan kewangan itu adalah lagu dan tarian lama yang mereka dendangkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi kehendak rakyat.

Walau bagaimanapun, laporan kewangan 2017 telah menjawap kepada diri mereka sendiri.Secara ringkas, dana negeri yang disatukan di bawah Musa meningkat tahun lepas, terdapat lebihan yang memberikan baki terkumpul meningkat, kutipan hasil meningkat, dan perbelanjaan mengurus meningkat.

Pelaburan dalam negeri dan deposit tetap diatas RM2.51 bilion serta pelaburan dalam perbadanan awam dan badan berkanun berjumlah RM6.58 bilion. Kedua-dua pelaburan itu membabitkan kepentingan dan dividen sebanyak RM112.67 juta dan RM140.43 juta.

Walaupun dengan pencapaian ini, agak malang kerajaan yang dipimpin oleh Parti Warisan mengelirukan rakyat terhadap prestasi Musa sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan selama 15 tahun sebelum ini.

Dengan pengumuman laporan AG'a baru-baru ini telah membuktikan bahawa ada percanggahan kerajaan negeri dengan Belanjawan Sabah 2019 yang disampaikan baru-baru ini.

Sejak mengambil alih pentadbiran, kerajaan Warisan telah melakukan banyak 'flip flops' ke atas kedudukan kewangan negeri Sabah.
Pada mulanya, skrip mereka "Tidak ada wang dalam tabung". Kemudian tiba-tiba "ada wang tetapi tunggu" ... "kelihatan seperti ada wang tetapi ia dimanipulasi perakaunan".

Sudah pasti laporan 2017 AG mengenai Sabah tidak dimanipulasi.
Tindakan Warisan sedemikian bukan sahaja membuktikan ketidak cekapan mereka tetapi ianya memberi gambaran bahawa wujud kebencian dalam cubaan untuk meremehkan pencapaian kerajaan negeri sebelum ini.

Sekiranya pentadbiran baru tidak ada penghormatan dan ihsan untuk mengiktiraf pencapaian pentadbiran terdahulu, sekurang-kurangnya janganlah mengelirukan rakyat.

Oleh itu, dalam masyarakat awam, walaupun terdapat perbezaan politik, sifat kelakian haruslah ditunjukkan mereka dan harus memberikan kepujian kepada mereka yang sepatutnya.

YB. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
Pengerusi Perhubungan Umno Sabah
Adun Sulaman

5 Disember 2018

[ARTIKEL LAIN- Ketua Audit Negara sahkan Era BN Sabah catat belanjawan lebihan tahun 2017 ]

 

1 Comment