Kini Kerajaan PH bubar AIM untuk lemahkan peniaga Melayu dan bumiputera
16:12 Dec 07, 2018  |  By SabahKini2
Kini Kerajaan PH bubar AIM untuk lemahkan peniaga Melayu dan bumiputera

Menurut rekod peratusan bayaran balik adalah tinggi pada 98.26%, jelas menunjukkan kebanyakkan orang miskin dan orang kampung adalah jujur dengan program AIM.

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Tindakan itu adalah berdasarkan Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata AIM sepatutnya membantu isi rumah termiskin, namun berlaku pelanggaran undang-undang oleh pentadbiran terdahulu.

“Kita dapati banyak percanggahan dalam AIM sehingga laporan kewangan AIM bagi 2015-2016 pun tidak pernah dikemukakan.

“Untuk membantu orang miskin pun banyak sangat masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya pada sesi pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH PKR-Johor) mengenai langkah diambil kerajaan terhadap AIM yang tidak memenuhi syarat Surat cara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak syarikat.

Mohamed Hanipa berkata, kerajan tidak akan mengenepikan kebajikan merkea yang menerima bantuan AIM khususnya golongan B40 dan wanita.

“Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.

“Bagaimanapun, pihak yang didapati melanggar peraturan perlu dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun Pengerusi AIM Datuk Junaidah Kiting dalam kenyataa medianya menafikan pembubaran AIM, ia hanya melibatkan anak syarikat AIM.

Menurut rekod peratusan bayaran balik adalah tinggi pada 98.26%, jelas menunjukkan kebanyakkan orang miskin dan orang kampung adalah jujur dengan program ini.

AIM sudah dibuktikan sebagai satu inisiatif yang boleh dan dapat membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin dan antara bandar dan luar bandar.

1 Comment