(VIDEO) Lautan manusia di Kuala Lumpur termasuk rakyat Sabah Sarawak bantah ICERD
10:12 Dec 09, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Lautan manusia di Kuala Lumpur termasuk rakyat Sabah Sarawak bantah ICERD

Saksikan Video dan gambar Lautan manusia membantah ICERD yang boleh menggugat hak Melayu dan bumiputera. Rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bersatu melawan kerajaan PH dan ICERD

KUALA LUMPUR: Himpunan Aman Kesyukuran Bantah ICERD di Dataran Merdeka berjaya menyatupadukan lebih 500,000 rakyat tanpa mengira fahaman politiknya termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak.

Himpunan aman itu disifatkan paling berjaya dan aman berbanding dengan himpunan Bersih sebelum ini.

Para peserta himpunan ICERD berkumpul di empat tempat berasing sebelum bergerak ke Dataran Merdeka, dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Ratusan ribu umat Islam berkumpul Kompleks SOGO, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum bercantum di Dataran Merdeka.

Di dataran itu, beberapa orang pimpinan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk PAS dan Umno turut berucap bagi menyatakan pendirian mereka menentang ICERD. Turut hadir Presiden UMNO dan PAS.

 

6 Comments