Warisan setuju terima Wakil rakyat dan Ketua Bahagian UMNO yang keluar parti- Shafie
04:12 Dec 13, 2018  |  By SabahKini2
Warisan setuju terima Wakil rakyat dan Ketua Bahagian UMNO yang keluar parti- Shafie

Shafie Apdal berkata Warisan bersedia menerima 13 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian Umno yang telah mengisytiharkan keluar parti.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Warisan bersedia menerima 13 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian Umno yang telah mengisytiharkan keluar parti.

Mohd Shafie juga menyambut baik kenyataan mantan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor yang menyatakan tanda sokongan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Warisan.

“Saya berterima kasih kepada Hajiji. Saya mengenalinya sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman dan saya ucapkan terima kasih di atas kenyataannya yang menyokong Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

“Saya yakin mereka sudah membuat keputusan dan memikirkannya secara panjang tentang hala tuju politik mereka.

“Saya yakin ketetapan itu amat bertepatan bagi mereka untuk teruskan kerana pada saat ini Umno sebuah parti yang dalam keadaan tidak ada kesatuan di Semenanjung.

Ura-ura mengatakan syarat wakil rakyat dan Ketua Bahagian keluar UMNO beramai-ramai adalah membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke Sabah.

8 Comments