Khidmat Yang di-Pertua Negeri Sabah kini tiada had
10:12 Dec 13, 2018  |  By SabahKini2
Khidmat Yang di-Pertua Negeri Sabah kini tiada had

Walaupun kontroversi namun tempoh dua penggal bagi perkhidmatan Yang di-Pertua Negeri berjaya dipinda.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini memutuskan tidak mengehadkan tempoh dua penggal bagi perkhidmatan Yang di-Pertua Negeri selepas kedua-dua pihak membahaskan lebih dua jam dalam usaha kerajaan untuk meminda Perlembagaan Sabah.

Had khidmat Yang di-Pertua Negeri dinyatakan dalam Artikel 2 Klausa 3, yang menyatakan “seseorang itu tidak boleh memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri bagi lebih daripada sebaliknya”.

Klausa itu diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu Parti Bersatu Sabah pada 1983, di mana sekarang kerajaan pimpinan Warisan memansuhkan undang-undang itu.

Ini bermakna kerajaan negeri mengembalikan terma asal “Yang di-Pertua Negara” di bawah Perjanjian Malaysia 1963, di mana ia tidak menyatakan had penggal.

Seramai 45 Adun mengundi menyokong pemansuhan klausa itu, sementara 15 mengundi mengekalkan undang-undang itu.

Ketika perbahasan, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata kedudukan Yang Dipertua Negeri perlu dihormati.

Beliau berkata jawatan itu dikritik setiap kali kejatuhan sesebuah rejim.

Shafie merujuk kepada krisis dua ketua menteri sebelum ini di mana bekas Yang di-Pertua Negeri dipersalahkan kerana pergolakan politik di Sabah.

Beliau berkata langkah untuk mengembalikan kata-kata asal di bawah MA63, menambah ia akan menjadi langkah pertama kerajaan Warisan dalam niatnya mengembalikan perjanjian itu.

“Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menyemak semula perlembagaan dan ordinan diketuai oleh bekas peguam negeri.

“Sabah ada banyak kepentingan, bukan saja kedaulatan tetapi hak rakyatnya.

“Perubahan had penggal Yang di-Pertua Negeri satu simbol penting negeri ini dan mengehadkan penggal akan hanya merendahkan kedudukan institusi itu,” katanya.

Yang di-Pertua Negeri pada masa ini ialah Juhar Mahiruddin yang dilantik pada 2011.

Penggalnya akan berakhir Januari tahun depan.

Ini bermakna Yang di-Pertua Negeri akan bertugas selagi diperlukan dan bertugas sepanjang hayatnya.

4 Comments