Shafie perlu 'gentleman' hadapi kes SPRM bukan lempar tuduhan liar- Musa Aman
19:11 Nov 10, 2017  |  By SabahKini2
Shafie perlu 'gentleman' hadapi kes SPRM bukan lempar tuduhan liar- Musa Aman

Sejak 2009 keluarga Shafie Apdal menyerang Musa Aman. Ketika Shafie Apdal disiasat SPRM tidak pernah Musa Aman beri ulasan dan campur tangan kes siasatan SPRM itu. Mengapa Shafie serang Musa dalam Parlimen?

Ketua Menteri Sabah, MusaAman  menggesa Shafie supaya menghadapi siasatan SPRM dengan 'gentleman' jika benar beliau tak bersalah, dan membiarkan SPRM menjalankan tugas menyiasat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa melibatkan KKLW sepanjang Kementerian itu berada di bawah jagaan beliau.

Ketika diminta mengulas tuduhan-tuduhan liar Shafie ke atasnya di Parlimen beberapa hari yang lalu itu Musa berkata, "Shafie tak perlulah panik dan gelabah. Tiada apa yang perlu ditakutkan jika benar dia tak bersalah. Bak kata orang, 'berani kerana benar, takut kerana salah', " kata Musa.

"Sebaliknya Shafie sibuk pula melemparkan tuduhan-tuduhan liar, serta cuba-cuba membabit-babitkan orang lain dalam kes-kes tersebut," sambungnya.

Atas faktor itulah, Musa menasihati Shafie agar dapat menangani siasatan SPRM itu dengan lebih tenang dan tidak gelisah. Biar SPRM jalankan tugas mereka.

Beberapa hari yang lalu, Shafie dilaporkan telah mengambil kesempatan menggunakan kekebalan Parlimen untuk melemparkan tuduhan-tuduhan liar terhadap Musa, semasa sesi perbahasan berlangsung di Dewan Rakyat.

“Bagaimanapun, hari ini saya terpanggil untuk berkata sesuatu kerana di Parlimen dia cuba membabitkan saya dengan mengatakan seseorang yang mempunyai hubungan dengan saya mendapat projek,” kata Musa.

“Saya tidak tahu menahu mengenai projek itu. Saya ada keluarga yang besar. Saya tidak boleh halang mereka yang mesra dengan Shafie menerima projek.”

SPRM menahan individu daripada pihak parti pemerintah dan pembangkang dalam siasatan ke atas kes rasuah di negara ini, kata Musa.

“Isu kononnya kes ini bermotifkan politik tidak timbul kerana SPRM menahan orang daripada parti pemerintah dalam banyak kes lain.”

19 Oktober lalu Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penyokongnya bertenang dan menghormati proses siasatan serta undang-undang.

Sebelum ini Shafie Apdal pernah mencabar SPRM agar menyiasatnya dan beliau akan bekerjasama. Namun selepas sahaja ditahan SPRM beliau berkata siasatan SPRM ini adalah bersifat politik dan berpilih-pilih.

Serangan Shafie Apdal kepada Musa Aman bukanlah baru sejak 2009 dilaporkan Shafie Apdal dikatakan telah menghantar Mohd Ramzan sepupunya dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin ke Hongkong pada 1 Oktober 2009 menggunakan laporan PALSU terhadap Michael Chia Tien Foh ke Independent Commission Against Corruption (ICAC) yang cuba mengaitkan dengan YAB tan Sri Musa Aman.

 
 
Sumber mengesahkan dokumen yang dilapor direka-reka oleh Mohd Ramzan dan Shamsul Iskandar serta perjalanan mereka ke Hong Kong dibiayai Shafie Apdal ketika itu Menteri KKLW. 
 
Maklumat palsu itu juga disalurkan kepada Sarawakreport oleh Ramzan dan PKR. 
1 Comment