Anifah tubuh parti baru berasaskan MA63 di Sabah
10:12 Dec 15, 2018  |  By SabahKini2
Anifah tubuh parti baru berasaskan MA63 di Sabah

Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh lagi diabaikan karena ianya merupakan intipati untuk memajukan Sabah dan Sarawak dan juga untuk menikmati hak-hak sama rata dengan Persekutuan Tanah Melayu

KOTA KINABALU: Bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman tidak lama lagi menubuhkan parti menggunakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai asas perjuangannya.

Menurut sumber Anifah Aman beliau telah bersedia untuk membentuk sebuah parti baru itu. Beliau tidak mungkin menyertai mana-mana parti peringkat nasional kerana menurut pengalamannya, Anifah tidak mempunyai peluang untuk menegakkan hak-hak Sabah. Kepimpinan parti peringkat nasional lebih cenderung kepada kepentingan peribadi dikalangan ahli-ahli dan juga pemimpin dari semenanjung berbanding dengan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. Lebih-lebih lagi apabila sebarang perbincangan mengenai MA63 tidak diendahkan malah disekat. Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah parti tempatan yang berpusat di Sabah demi memenuhi aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak.

Anifah baru-baru ini telah meletakkan jawatan dalam UMNO untuk bergerak secara bebas kerana beliau ingin semangat asal dan niat MA63 dihormati dan dilaksanakan dengan tulus sebagai asas kepada Persekutuan Malaysia agar menjadi lebih progresif dan bersatu sebagaimana yang dibayangkan oleh para pengasas Malaysia pada tahun 1963.

Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh lagi diabaikan karena ianya merupakan intipati untuk memajukan Sabah dan Sarawak dan juga untuk menikmati hak-hak sama rata dengan Persekutuan Tanah Melayu dari segi pembangunan.

Anifah juga menyokong usaha Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Beliau percaya bahawa Jawatankuasa Perundingan ini memberi peluang untuk mengkaji dan menilai semula MA63 sama ada ianya telah berjaya dalam perlaksanaan atau sebaliknya. Beliau juga mengesyorkan langkah-langkah untuk membantu dalam mencapai objektifnya.

Anifah menyedari betapa pentingnya Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan negara dan akan menyokong usaha dan dasarnya untuk mencapai matlamat demi perpaduan rakyat Malaysia.

Ini adalah aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak untuk parti berasaskan tempatan dan bukannya parti kebangsaan untuk mewakili mereka di Parlimen kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk rakyat mereka sendiri.

Anifah adalah pengerusi kumpulan digelar MySabah yang mempunyai objektif untuk mengembalikan hak-hak Sabah di bawah MA63.

Ahli-ahlinya termasuk Presiden Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Yong Teck Lee.

Mengenai PPBM yang dikatakan akan masuk ke Sabah selepas memasuki Sarawak  Anifah berpendapat rakyat Sabah dan Sarawak memilih parti berpusat di negeri, berbanding parti kebangsaan untuk mewakili mereka di Parlimen kerana parti tempatan tahu apa yang terbaik untuk rakyat di situ.

“Lagipun, tidak menarik bagi orang Sabah untuk PPBM mengembangkan sayap di Sabah,” katanya.

5 Comments