Tubuhlah parti baharu kalau masuk PKR saya rujuk Anwar Ibrahim-Christina
23:12 Dec 15, 2018  |  By SabahKini2
Tubuhlah parti baharu kalau masuk PKR saya rujuk Anwar Ibrahim-Christina

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengalu-alukan pewujudan parti politik baharu di negeri ini, atas dasar Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi.

TAWAU- Selepas pemimpin Warisan kelihatan khuatir bekas pemimpin UMNO mahu menyertai PPBM di Sabah kini giliran PKR Sabah cuba mengalih isu menyokong parti baharu.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengalu-alukan pewujudan parti politik baharu di negeri ini, atas dasar Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi.

Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata semua pihak mempunyai hak untuk mencuba nasib dengan menubuhkan parti sendiri.

“Terpulang kepada penerimaan permohonan dan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan  Malaysia (ROS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Diebetes Sedunia peringkat daerah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mahu menubuhkan  sebuah parti politik di Sabah dengan  Perjanjian Malaysia 1963, sebagai matlamat  utama  perjuangannya.

Dalam pada itu, Christina berkata Anggota Parlimen Kimanis itu boleh menubuhkan parti di Sabah jika yakin dan mampu meraih sokongan banyak.

“Silakan, dan untuk peringatan Sabah ini juga banyak parti politik dan saya sendiri pun sampai tidak tahu parti itu dipimpin oleh siapa,” katanya lagi. 

Sementara itu, menurutnya belum ada permohonan daripada bekas pemimpin UMNO yang mahu menyertai PKR di negeri ini.

"Kalau ada (permohonan) saya akan rujuk kepada PKR pusat saja,” katanya yang hanya mengikut polisi parti dan panduan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Christina sebelum ini yang ditolak semua ketua cabang akhirnya dipilih menjadi Pengerusi MPN Sabah kali kedua selepas usaha lobinya berjaya. Anwar memilih Christina memandangkan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mempunyai akses kerajaan negeri dan peruntukan.

3 Comments