Video Khalid Menteri PH sahkan “Nabi pun tidak tunai janji apalah janji manifesto”
07:12 Dec 17, 2018  |  By SabahKini2
Video Khalid Menteri PH sahkan “Nabi pun tidak tunai janji apalah janji manifesto”

Selepas dikecam rakyat Khalid menukar kenyataannya sebagai salah faham ia hanya berkata 'menangguh'. Namun jelas dalam video ucapannya beliau tidak berkata menangguh. Beliau hanya merujuk kepada 'Nabi pun tidak tunai janji' apalah manifesto dibuat manusia

IPOH: Sekalipun Khalid Abdul Samad meminta maaf kerana kenyataannya Nabi pun pernah tidak dapat menunaikan janji, apatah lagi manusia biasa, khalid terus dikecam netizen.

Jawapan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad terhadap cakap-cakap mengenai janji manifesto Pakatan Harapan (PH) yang belum dapat dilaksanakan sepenuhnya membandingkan dengan nabi adalah perbuatan yang sangat biadap.

Kata Khalid, kegagalan menunaikan janji itu bukanlah disengajakan, sebaliknya akibat kekangan semasa iaitu kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi.

“Ada orang kata, kita tidak tunaikan janji. Nabi ﷺ pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Makkah, (baginda) berjanji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Hudaibiyah, tidak dapat. Itu nabi! Apalah janji manifesto yang dibuat oleh manusia biasa.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan sebagai pengarah komunikasi di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh.

Susulan kenyataan itu pelbagai pihak termasuk tokoh agama seperti mufti menyelar kenyataan Khalid itu.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur Menteri Wilayah Persekutuan itu dan berkata, Khalid sewajarnya menjaga ungkapan serta menyemak dengan teliti nas-nas atau riwayat khususnya apabila mahu berbicara mengenai Rasulullah SAW. 

“Berhubung dengan isu apakah Pesuruh Allah Nabi Muhammad SAW pernah terpaksa tidak menunaikan janji baginda untuk membawa para sahabat umrah semasa tahun Perjanjian Hudaibiyah? 

“Pertamanya hendaklah kita yakin Nabi Muhammad SAW tidak pernah mungkir janji. Ya, baginda memang pernah berjanji ataupun memberitahu bahawa baginda dan para sahabat akan dapat bertawaf di Ka’abah. 

“Namun, baginda tidak pernah memberitahu tahun tertentu.

“Ertinya, tiada sebarang janji Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa itu yang tidak tertunai. Bahkan janji baginda tertunai di mana selepas itu baginda dan para sahabat kembali semula menunaikan umrah,” katanya dalam satu menyataan di Facebook.

Video pendek ucapan Khalid yang tular dalam media sosial jelas Khalid menghina nabi. Semakan dalam video beliau tidak berkata menangguhkan tetapi Nabi pun tidak melaksanakan janji.

Menteri-menteri Pakatan Harapan gemar bercakap ‘melalut’ ketika mereka berucap beremosi tanpa memikirkan kesan buruk kenyataan mereka. Jangan kerana politik melulu semua perkara termasuk agama pun dipermainkan.

16 Comments