Bersatu tidak akan masuk Sabah tapi kata Tun M....
18:12 Dec 17, 2018  |  By SabahKini2
Bersatu tidak akan masuk Sabah tapi kata Tun M....

Selepas diasak berkali-kali oleh pemimpin Warisan yang tidak senang Tun M berkata Bersatu tidak akan masuk ke Sabah tapi orang Sabah boleh menyertai Bersatu

CYBERJAYA — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Tidak, kami tidak akan membuka sebarang (cawangan) di Sabah tetapi orang Sabah boleh menyertai parti ini," kata Perdana Menteri ketika ditanya media selepas menghadiri satu majlis dialog dengan pemacu industri berteknologi tinggi di sini, mengenai kemungkinan Bersatu meluaskan sayapnya ke Sabah.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan Umno negeri itu bertindak keluar parti.

Pemimpin Pakatan Harapan Sabah khususnya Warisan tidak bersetuju Bersatu membuka cawanganya di Sabah.

Sementara itu di Sabah tular mengenai beberapa gambar bekas Pengerusi UMNO Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor menyerahkan ‘risalah Bersatu’ kepada beberapa pemimpin UMNO seolah-olah mereka menyertai Parti Bersatu.

 

2 Comments