Akhirnya MP Sipitang angkat sumpah 7 Januari
20:12 Dec 19, 2018  |  By SabahKini2
Akhirnya MP Sipitang angkat sumpah 7 Januari

erkara itu dimaklumkan melalui kenyataan dari pejabat speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Akhirnya Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa dijadualkan mengangkat sumpah pada 7 Jan, iaitu sembilan hari sebelum tarikh akhir.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan dari pejabat speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof.

"Seperti disebutkan Artikel 59 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yamani, anggota parlimen Sipitang, dijadualkan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 7 Jan 2019 pada pukul 10 pagi di kamar khas Dewan Rakyat," kata kenyataan itu yang turut memaklumkan speaker akan mempengerusikan majlis angkat sumpah berkenaan.

Beliau merupakan satu-satunya anggota parlimen dari 222 kerusi Dewan Rakyat yang belum mengangkat sumpah.

Hafez, 39, merupakan salah seorang daripada lima anggota parlimen Umno Sabah yang tersenarai akan keluar parti minggu lalu, yang akan menjadikannya anggota parlimen bebas.

3 Comments