DAP keluar kerajaan jika Dr Mahathir masih teruskan amalan lama- Kit Siang
13:12 Dec 20, 2018  |  By SabahKini2
DAP keluar kerajaan jika Dr Mahathir masih teruskan amalan lama- Kit Siang

DAP, tidak kira yang berada dalam atau luar kerajaan, tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan jika objektif Malaysia Baru diketepikan, kata Lim Kit Siang.

Pemimpin-pemimpin DAP, tidak kira yang berada dalam atau luar kerajaan, tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan jika objektif Malaysia Baru diketepikan, kata Lim Kit Siang.

Katanya, mereka tidak akan sesekali menjadi “lembik” seperti pemimpin MCA.

“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baru dan menyelamatkannya daripada menjadi demokrasi memalukan, kakistokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global,” katanya.

Veteran politik itu berkata demikian ketika berkata DAP tidak akan menjadi seperti MCA dalam kerajaan BN terdahulu.

Anggota parlimen Iskandar Puteri itu mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang berkata Lim resah apabila orang ramai dikatakan melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.

Menurut sumber DAP merasakan agenda Malaysia Baru tidak akan tercapai kerana amalan lama masih diteruskan seperti pelantikan kontraktor secara rundingan terus masih diterima dari Pejabat Perdana Menteri.

Penghijrahan bekas Ahli Parlimen BN dan adun BN ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut membimbangkan DAP kerana PPBM seakan memperkukuhkan kedudukan mereka dalam Pakatan Harapan.

 

13 Comments