RM2.94 bilion dana pula diseleweng Shafie Apdal di Sarawak disiasat SPRM
22:11 Nov 11, 2017  |  By SabahKini2
RM2.94 bilion dana pula diseleweng Shafie Apdal di Sarawak disiasat SPRM

Siasatan menunjukkan modus operandi penyelewengan di Sarawak lebih kurang sama dengan Sabah iaitu melalui proksi beberapa orang Datuk dan juga penglibatan adik-adik Shafie Apdal di Sarawak.

 KUALA LUMPUR [Sabahkini2] - Siasatan kes penyelewengan dana di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memasuki episod baharu apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kira-kira RM1.5 bilion peruntukan kerajaan diseleweng dalam tempoh tujuh tahun dari 2009 hingga 2015 dan kini bakal beralih ke Negeri Sarawak dengan penyelewengan dana lebih besar

12 Oktober lalu selepas mengadakan lawatan ke Rawatan Loji Air (LRA) di Sungai Intan di Semporna, Sabah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata SPRM akan meneliti beberapa projek yang memberi manfaat kepada kepentingan rakyat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di seluruh negara.

Bagaimanapun pihaknya akan memfokuskan siasatan di Sabah terlebih dahulu sebelum melebarkan siasatan ke negeri-negeri lain.

"Buat waktu ini, kita (SPRM) hanya memberi fokus (penyelewengan KKLW) di Sabah. Kemudian kita akan lebarkan ke negeri-negeri lain,"

Bagi kes Sabah, SPRM membekukan sembilan akaun membabitkan wang berjumlah RM180 juta termasuk mereman Dato’ Seri Shafie Apdal, Datuk  Peter Anthony Naib Presiden Warisan, Azis Jaman Ketua Wira Warisan, dua adik Shafie Apdal (Yusof dan Hamid) dan bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW, Norhartarty Rahmat, 40.

 

Sementara itu menurut sumber, SPRM juga didapati sudah mula menyiasat kes penyelewengan dana awam di Sarawak bernilai kira-kira RM2.94 bilion peruntukan KKLW dalam tempoh 2009 hingga penghujung 2015

Blog masterdedah.com  pernah mendedahkan seorang ahli perniagaan Sarawak terkenal bernama Datuk Chew Chiaw Ann yang monopoli projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) melalui beberapa syarikat seperti Esawin Resources Sdn Bhd, Megan Alfa Sdn Bhd, Shorefield Sdn Bhd, Citra Alti Sdn Bhd dan Revenue Scope Sdn Bhd

Menurut siasatan Datuk Chew dikatakan memonopoli projek Bekalan elektrik luar bandar (BELB) bernilai ratusan juta malah syarikat bukan berstatus bumiputera seperti Esawin Resources Sdn Bhd boleh memperolehi projek dengan kelulusan khas.

Syarikatnya Megan Alfa Sdn Bhd turut diberi projek Solar di Negeri Sarawak seperti Projek Solar Hibrid Bekalan Elektrik Luar Bandar di Baram   yang pernah dihadiri perasmiannya oleh Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin.

Bukan itu sahaja syarikat milik Datuk Chew Chiaw Ann ldalam aporan Ketua Audit Negara tahun 2014  menunjukkan mengalami masalah lambat disiapkan dengan mendapat lanjutan masa (EOT). 

Siasatan menunjukkan modus operandi penyelewengan di Sarawak lebih kurang sama dengan Sabah iaitu melalui proksi beberapa orang Datuk dan juga penglibatan adik-adik Shafie Apdal di Sarawak.

Datuk Chew Ann dikatakan pemberi dana utama Shafie Apdal ketika sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

 

Comment