Menteri DAP nafi tetapi CEO HRDF Sahkan firma guaman ‘anak didik Kula’ dilantik peguam di HRDF
16:12 Dec 23, 2018  |  By SabahKini2
Menteri DAP nafi tetapi CEO HRDF Sahkan firma guaman ‘anak didik Kula’ dilantik peguam di HRDF

Menteri DAP kantoi lagi. Ketua Pegawai Eksekutif HRDF, Elanjelian Venugopal ketika dihubungi berkata, firma guaman Vemal Arasan itu antara 20 panel peguam HRDF

PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menafikan pelantikan sebuah firma guaman yang bertindak sebagai ejen mengutip tunggakan levi kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Sebelum ini tular dalam aplikasi whatapps Kula mengutamakan ‘Indian First’ dalam HRDF dan melantik peguam anak didiknya firma guaman Vemal Arasan & Associate. Vemal Arasan sebelum ini berkhidmat difirma guaman Kula Associate.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri DAP Kula 'Buang Melayu' agensi HRDF kini jadi mini Hindraf ]

Firma guaman Vemal Arasan dilaporkan tidak memenuhi syarat perlu mempunyai seorang rakan kongsi Bumiputera dan perlindungan insurans RM1 juta.

Kula menafikan dan beliau tidak bertanggungjawab terhadap pelantikan ejen di HRDF, sebuah tabung untuk mempromosi latihan dan pembangunan pekerja.

“Saya tidak terbabit dengan operasi harian. Saya juga tidak terbabit dalam pengambilan pekerja atau menandatangani cek,” katanya seperti dilaporka portal FMT.

Kula berkata, HRDF perlu menyiasat dakwaan itu kerana sebagai menteri, tugasnya ialah memastikan tabung itu dikendalikan secara cekap.

“Ia perlu tertakluk kepada matlamat teras, untuk melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja.”

Ketua Pegawai Eksekutif HRDF, Elanjelian Venugopal ketika dihubungi berkata, firma guaman Vemal Arasan itu antara 20 panel peguam HRDF.

“Mereka (peguam) diupah berdasarkan bidang (kepakaran) mereka. Mereka perlu berdaftar dengan kami dan permohonan mereka disaring sebuah pasukan undang-undang dalaman.”

Katanya, HRDF biasanya menggunakan pasukan penguatkuasaan sendiri untuk tujuan kutipan levi.

Jumaat lalu, HRDF berkata, ia mengambil tindakan terhadap lebih 7,000 majikan yang gagal berdaftar dengan tabung itu mengikut Akta Pembangunan Sumber Manusia Bhd 2001.

Mereka berdepan denda sehingga RM10,000 atau akan dipenjarakan, jika sabit kesalahan.

Turut dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif HRDF, Elanjelian Venugopal menekan staf bukan India  sehingga berhenti atau tidak disambung kontrak seperti Noor Azita, Jason, Hj Suran, Noor Liza dan Azahari untuk beri laluan kepada kroni-kroni staff India terpalit isu rasuah seperti Murali, Puviyan dam Sashikala.

Turut dipertikaikan ialah Ahli Lembaga Pengarah Govindasamy Annamalai yang tidak layak kerana bukan majikan berdaftar. Beliau merupakan presiden Educational Welfare and Research Foundation, sebuah NGO India.

 

 

 

 

 

3 Comments