Lim Guan Eng mengaku ‘rompak’ cukai petrol dan akur harga secara mingguan ‘Kaedah Najib’ terbaik
07:12 Dec 25, 2018  |  By SabahKini2
Lim Guan Eng mengaku ‘rompak’ cukai petrol dan akur harga secara mingguan ‘Kaedah Najib’ terbaik

U-Turn lagi!Selepas Kerajaan PH menjarah subsidi minyak dari rakyat sejak dua bulan lepas akhirnya Lim Guan Eng mengaku dan akur untuk menggunakan kembali 'Kaedah Najib' formula harga runcit secara mingguan kerajaan BN sebelum ini.Dulu mereka kecam kini.

PUTRAJAYA – Setelah didedahkan Lim Guan Eng dan kerajaan PH menjarah subsidi minyak dari rakyat sejak awal bulan lepas, Guan Eng tidak puas hati dan menggunakan kenyataan akhbar rasmi kementerian kewangan mengenai penurunan harga untuk menyerang Dato’ Sri Najib Razak bekas Perdana Menteri.

Tidak cukup itu Rafizi Ramli turut mengkritik Lim Guan Eng dan mencadangkan kerajaan menggunakan formula harga runcit secara mingguan yang digunakan Kerajaan BN sebelum ini menguntungkan rakyat.

Akhirnya akur dengan desakan netizen serta pendedahan Najib Lim Guan Eng dan Kerajaan PH akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Isnin, ini susulan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini.

“Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.

“Oleh demikian, harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia diteruskan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu,” katanya.

Mekanisme penetapan minyak apungan digunakan oleh kerajaan BN dahulu ternyata berkesan menghadapi trend kejatuhan harga minyak yang merugikan kerajaan.

Ia menetapkan harga minyak runcit berdasarkan harga minyak mentah di peringkat global.

Di bawah mekanisme itu, sekiranya harga minyak mentah global meningkat, harga minyak runcit di pam akan turut meningkat.

Sebaliknya jika harga minyak mentah global menurun, harga minyak runcit di pam turut sama menurun.

Mekanisme itu kemudian diganti dengan mekanisme harga tetap; RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel bermula 7 Jun 2018.

Di bawah mekanisme ini, kerajaan memberi subsidi untuk mengekalkan harga itu kepada pengguna.

Ini bermaksud semakin meningkat minyak mentah global, semakin tinggi subsidi yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan.

“Kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM7.14 bilion sehingga November 2018 di mana tanggungan subsidi bagi bulan Mei sehingga November 2018 adalah sebanyak RM5.82 bilion,” kata Guan Eng.

Berdasarkan data terbaru harga MOPS untuk petrol RON95 telah jatuh kepada AUD$0.519 satu liter pada akhir minggu lepas berbanding AUD$0.538 untuk minggu sebelum itu.

Mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM) seperti dilaksanakan oleh BN, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 satu liter. Ini bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34 sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim perayaan kini.

Bagaimanapun Guan Eng menafikan kerajaan mengutip cukai petrol kira-kira RM120 juta seminggu.

Bagaimanapun Najib Razak dalam facebooknya menulis anggaran RM120 juta berdasarkan 400 juta liter petrol dan diesel setiap minggu.

“Untuk pengetahuan Guan Eng, anggaran saya untuk RM120 juta berdasarkan andaian 400 juta liter petrol dan diesel untuk setiap minggu didarabkan dengan perbezaan 30 sen. 400 juta X 30 sen = RM120 juta”. katanya

Sementara itu tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial facebook seperti portal Sinar Harian, Berita Harian, Utusan dan lain-lain lagi menunjukkan 90 peratus netizen mengecam Lim Guan Eng sebagai ‘kaki U-Turn’, putar belit dan tidak menjawab isu pokok. Lim Guan Eng hanya mahu mengalih isu dengan 1MDB dan hutang yang rakyat sifatkan sebagai membosankan.

 

3 Comments